Sabtu, 2 Februari 2013

Tambang Pergi Haji Kekal RM9,980 Seorang

Musim haji tahun 2012. Foto: dailymail

Musim haji tahun 2012. Foto: dailymail

Musim haji tahun 2012. Foto: dailymail

Musim haji tahun 2012. Foto: dailymail

Musim haji tahun 2012. Foto: dailymail


KUANTAN – Tambang untuk menunaikan haji tahun ini kekal pada kadar RM9,980 seorang bagi jemaah kali pertama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 
Beliau berkata, kerajaan dan Lembaga Tabung Haji (TH) bersetuju untuk mengekalkan kadar tambang sedia sebagai satu keistimewaan kepada jemaah, sekali pun kos seperti penginapan dan pengangkutan meningkat berbanding tahun lepas. 
"Setiap tahun ada peningkatan kos menunaikan haji dalam bentuk tambang penerbangan, penginapan, makan dan sebagainya. 
“Tahun lalu kos seorang jemaah adalah RM15,150 dan tahun ini ia meningkat kepada RM15,555 seorang. 
"Tetapi di atas sifat kemurahan TH melalui kerajaan, kita memutuskan untuk mengekalkan tambang sebanyak RM9,980 bagi setiap jemaah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan muzakarah haji peringkat kebangsaan kali ke-29 anjuran TH di sini hari ini. 
Beliau juga berkata, TH dijangka mengumumkan bonus dan dividen yang bakal diperoleh pendeposit haji Khamis ini. 
"Pada masa kini terdapat dana berjumlah RM35 bilion di TH dan saya akan umumkan bonus dan dividen pendeposit Khamis depan,” katanya. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.