Isnin, 4 Februari 2013

Ulama Saudi Bunuh Anak Perempuannya

Fayhan al-Ghamdi. Foto: answeringmuslims

Lama, anak perempuan yang dibunuh oleh Ghamdi. Foto: answeringmuslims


RIYADH - Warga Arab Saudi memprotes keputusan mahkamah memberikan hukuman ringan kepada ulama berpengaruh di negara itu, Fayhan al-Ghamdi. 
Ghamdi terkenal sebagai ulama yang seringkali tampil dalam acara televisyen di negara itu. 
Mahkamah Saudi membebaskan Ghamdi setelah beliau membayar wang ganti rugi sebanyak USD50 ribu dan beliau hanya berada dalam tahanan dalam masa yang singkat sejak ditangkap oleh polis pada November lalu. 
Wang ganti rugi yang dibayar oleh Ghamdi akan diserahkan kepada ibu anak berkenaan atau ahli keluarga yang lain. Ghamdi sendiri mengaku membunuh anaknya kerana merasakan budak berumur 5 tahun itu sudah tidak suci. 
Keputusan tersebut mendapat banyak kecaman daripada warga Saudi, khususnya di laman web sosial media. Aktivis mengumpulkan sokongan di internet untuk menekan kerajaan Saudi agar memberikan hukuman yang lebih berat terhadap Ghamdi. 
Arab Saudi merupakan negara yang melaksanakan hukum syariat Islam yang ketat. Suspek yang terbukti melakukan pembunuhan biasanya dijatuhi hukuman pancung sampai mati. - Associated Press


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.