Isnin, 4 Februari 2013

Wanita Maut Digilis Tren Komuter

Komuter KTMB yang baru. Foto: ktmkomuter.com.my

Stesen Komuter KTM Taman Wahyu

Hospital Selayang. Foto: xclusivelyxpressing.blogspot


KUALA LUMPUR - Seorang wanita berumur dalam lingkungan 50-an maut digilis tren komuter di landasan berhampiran Stesen KTM Komuter Taman Wahyu di Kuala Lumpur, hari ini. 
Mangsa yang tiada dokumen pengenalan diri itu dikatakan diseret sejauh 50 meter dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu. 
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang. 
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul mengesahkan pihak KTM Berhad telah membuat laporan mengenai insiden itu. 
"Kami belum dapat mengenal pasti identiti wanita itu kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui selain keadaan mayat yang hancur akibat kemalangan itu," katanya ketika dihubungi Bernama. - Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.