Ahad, 3 Februari 2013

White House Harap Hagel Jadi Setiausaha Pertahanan

Chuck Hagel ketika bercakap di hadapan anggota Senat AS ketika pemeriksaan. Foto: Guardian

Senator John McCain agak kritis terhadap pencalonan Hagel. Foto: Guardian



WASHINGTON - Jurucakap White House, Jay Carney  yakin bekas Senator Chuck Hagel akan dipilih menjadi Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) walaupun pencalonan beliau tidak begitu lancar kerana ditentang oleh bekas rakannya dari Parti Republikan. 
Carney menjelaskan, jumlah penyokong Senator Hagel kian meningkat kebelakangan ini. Ketika bercakap di hadapan Dewan Senat AS, Hagel dikritik kerana kenyataannya berkaitan isu Iraq dan Iran. 
"Kami berharap Senat AS mengesahkan Senator Hagel untuk memegang jawatan Setiausaha Pertahanan AS," ujar Carney. 
Di antara pengkritik Hagel ialah Senator John McCain, Senator Marco Rubio, Senator Lindsey Graham, Senator Jim Inhofe, dan beberapa senator Republikan yang lain. Carney juga mengecam serangan-serangan verbal yang dilancarkan oleh McCain terhadap Hagel. 
Para penentang Hagel sering menyebut Veteran Perang Vietnam itu sebagai pengkhianat kerana mempersoalkan dasar Bush mengenai Perang Iraq. Senator Inhofe  menyebut Hagel "terlalu berfalsafah" berkaitan isu anggaran bajet pertahanan, senjata nuklear, dan Timur Tengah. 
Bagaimanapun, beberapa Senator dari Parti Demokrat menyokong Hagel dalam pencalonan itu. Sekiranya terpilih, Hagel merupakan  anggota kabinet AS pertama dari kalangan veteran perang Vietnam. Hagel berjanji akan memberi tumpuan untuk memastikan tentera AS sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang situasi yang timbul. - Reuters


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.