Jumaat, 15 Mac 2013

Duit Syiling China 600 Tahun Ditemui Di Kenya

Saintis mengatakan syiling ini dikeluarkan oleh Maharaja Yongle  yang memerintah China dari 1403-1425 semasa Dinasti Ming

Pulau Manda di Kenya, tempat syiling kuno ditemui. Tamadun yang maju dari kira-kira 200AD untuk 1430AD, 


CHICAGO - Sepasukan saintis dari Illinois, Amerika Syarikat menemui sekeping duit syiling China kuno berusia 600 tahun di Pulau Manda, di Kenya. 
Penemuan yang jarang berlaku itu diumumkan oleh Muzium Field di sini kelmarin. 
Syiling itu ditemui dalam satu ekspedisi bersama yang diketuai pegawai muzium berkenaan, Chapurukha Kusimba dan penyelidik Universiti Illinois-Chicago, Sloan Williams. 
Penemuan tersebut, kata mereka, membuktikan bahawa perdagangan antara China dan rantau timur Afrika telah wujud sejak beberapa dekad sebelum benua itu ditemui oleh pelayar Eropah. 
Syiling kuno itu dibuat daripada campuran perak dan gangsa. 
Duit tersebut juga mempunyai lubang di tengah supaya ia boleh dipakai pada tali pinggang. 
Pasukan saintis itu memberitahu, syiling bersejarah itu dikeluarkan semasa pemerintahan Maharaja Yongle di China. 
Nama Yongle tertera pada duit tersebut. 
Ekspedisi berkenaan turut disertai oleh saintis dari Kenya, Pennsylvania dan Ohio. 
Mereka juga menemui beberapa rangka manusia dan artifak lain yang lebih tua daripada syiling itu. - AP / Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.