Khamis, 21 Mac 2013

Enjin Roket Apollo 11 Ditemui Di Dasar Laut

Enjin F-1 roket Saturn V Apollo ini ditemui 4 kilometer di bawah permukaan Lautan Atlantik

Enjin ini ditemui di dasar laut menggunakan kapal selam robot

Turbin dari satu motor roket F1 ditemui oleh bos jutawan Amazon

Sebuah alat penukar haba pada roket misi tahun 1969

Muncung roket di dasar laut, dikelilingi oleh ikan

Sebuah penjana gas dan manifold dari salah satu motor roket

Salah satu bahagian Saturn V yang berada di dasar laut

Roket Saturn V NASA yang digunakan untuk melancarkan misi Apollo 11 yang bersejarah

Apollo 11 membawa Neil Armstrong, Buzz Aldrin dan Michael Collins dalam misi bersejarah mereka ke bulan


Jeff Bezos
CAPE CANAVERAL - Sebuah pasukan yang dibiayai oleh pengasas Amazon, Jeff Bezos berjaya mengeluarkan beberapa komponen enjin roket Saturn V dari Lautan Atlantik. 
Pendedahan itu dibuat oleh Bezos di laman web projek untuk mengeluarkan komponen enjin roket yang telah menghantar dua angkasawan Amerika Syarikat (AS) ke bulan lebih 40 tahun lalu. 
Enjin itu yang masih menjadi milik pemerintah AS akan dibaik pulih sebelum dipamerkan kepada orang ramai. 
Kapal Seabed Worker yang membawa enjin itu berlabuh di Port Canaveral, Florida semalam selepas tiga minggu ia berada di laut. 
Enjin itu berada hampir lima kilometer (km) di dasar Lautan Atlantik dan terletak 579km dari sini. 
Roket Saturn V itu membawa beberapa angkasawan ke bulan pada tahun 1960-an dan 1970-an. 
Selepas berlepas, roket itu jatuh ke dalam lautan, manakala kapal angkasa Apollo berlepas ke bulan. - Agensi / Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.