Rabu, 13 Mac 2013

Jong-Un Ancam Musnahkan Pulau Seoul











PYONGYANG - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, kelmarin mengancam untuk memusnahkan sebuah pulau kecil di Seoul di tengah-tengah ketegangan yang sedang memuncak di semenanjung Korea. 
Pengumuman itu dibuat Jong-un semasa beliau mengadakan lawatan di unit artileri sempadan. 
Jong-Un menyatakan Pulau Baengnyeong yang menjadi sempadan pertikaian maritim adalah sebagai sasaran utama mereka jika perang tercetus. 
Lawatan itu dibuat semasa Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) melakukan latihan ketenteraan bersama yang dikatakan turut menjadi pendorong kepada Pyongyang untuk membatalkan gencatan senjata 1953 dan pakatan damai bersama Seoul. 
Selain itu, beliau turut memberi amaran untuk melancarkan serangan nuklear ke atas AS dan Korea Selatan sebagai respons terhadap sekatan dikenakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap negara tersebut sejak Januari lalu. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.