Khamis, 14 Mac 2013

Kardinal Bergoglio Dari Argentina Dipilih Pope Baru

Kardinal Argentina, Jorge Mario Bergoglio diisytiharkan sebagai Pope yang baru.

Pope Francis I berucap di Balkoni Basilika St Peter selepas dipilih sebagai Pope yang baru

Pope Prancis I berdiri di Balkoni Basilika St Peter di hadapan ribuan penganut Katolik

Pope Francis I memulakan ucapan dengan berjenaka

Ribuan penganut Katolik sedang menunggu Pope baru tampil di Balkoni Basilika St Peter di Vatican

Asap putih keluar dari corong Gereja Kecil Sistina sebagai tanda Pope yang baru sudah dipilih

Pope Francis I (dua dari kiri) di samping keluarga dalam gambar yang tidak bertarikh

Penganut Katolik di Metropolitan Cathedral Buenos Aires gembira dan terharu dengan pemilihan Pope baru

Gambaran pelukis terhadap Santo Francis Asisi


VATICAN - Kardinal Argentina, Jorge Mario Bergoglio, 76, telah dipilih sebagai Pope yang baru. Bergoglio akan menggunakan nama Pope Francis, sempena nama Francis Asisi, seorang yang dianggap santo dan sangat dikasihi oleh penduduk Itali.
Proses pemilihan Pope dijalankan oleh sidang konklaf yang berlangsung di Vatikan sejak 12 Mac lalu dan dihadiri oleh 115 kardinal dari seluruh dunia. 
Sebelumnya, konklaf yang diadakan di Gereja Kecil Sistina itu telah mengundi sebanyak tiga kali. Namun, corong gereja tidak mengeluarkan asap putih sebagai tanda Pope baru telah dipilih.
Hanya pada pengundian yang berikutnya barulah corong gereja mengeluarkan asap putih dan Bergoglio diisytiharkan sebagai Pope yang baru dengan gelaran Pope Francis. 
"Nama yang dipilih oleh Pope, menunjukkan cabaran yang akan dihadapinya dalam menjalankan tugas (Pope)," ujar Timbalan Pengurus Perpustakaan Ambrogio Piazzoni. 
Santo Francis Asisi dikenali sebagai seorang yang menyayangi haiwan dan menjaga alam sekitar. Francis sering kali digambarkan dengan seekor burung di tangannya. 
Pope Francis I diharapkan akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi Gereja Katoltik pada ketika ini dan membawa ketenangan di Vatican setelah Pope Benedict XVI meletakkan jawatan pada 28 Februari lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.