Sabtu, 16 Mac 2013

New York Times Dakwa Malaysia Intip Rakyat Sendiri




KUALA LUMPUR, 14 Mac — Malaysia adalah antara 25 negara yang menggunakan perisian “spyware” bagi mengintip rakyatnya dengan mengambil gambar mereka menggunakan skrin komputer, merekod perbualan Skype, kamera dan mikrofon komputer, lapor akhbar Amerika Syarikat (AS) The New York Times (NYT) hari ini. 
Selain Malaysia, pengkaji di Citizen Lab yang berpangkalan di University Toronto turut mendapati negara-negara seperti AS, Singapura dan Indonesia termasuk Britian turut menggunakan perisian pengawasan tersebut yang dikenali sebagai “FinSpy”. 
“Selain menangkap penculik dan pengedar dadah, ia dilihat mirip digunakan kepada memerhatikan lawan politik,” kata penyelidik keselamatan Morgan Marquis-Boire lapor NYT. 
Pengarah Urusan Gamma Group, Martin J. Muench — syarikat penjual FinSpy — dilaporkan berkata Gamma Group telah menjual teknologi berkenaan kepada kerajaan untuk mengawasi penjenayah, dan kebanyakannya digunakan bagi memerhatikan pergerakan “fidofil”, pengganas, jenayah terancang, penculikan, dan pemerdagangan manusia. 
Marquis-Boire, bagaimanapun menjelaskan mudah disalahgunakan, dan berkata: “Jika dilihat senarai negara yang membeli Gamma, kebanyakannya tidak mempunyai sistem perundagan yang kukuh.” 
Negara lain yang menggunakan khidmat FinSpy termasuklah Bahrain, Bangladesh, Brunei, Kanada, Republik Czech, Estonia, Habsyah, Jerman, India, Jepun, Latvia, Mexico, Mongolia, Belanda, Qatar, Serbia, Turkmenistan, dan Emiriah Arab Bersatu, termasuk Vietnam. 
Kumpulan pemerhati hak asasi manusia, Human Rights Watch berkata, berdasarkan laporan 2013, Malaysia masih belum memperbetulkan perjanjian teras hak asasi manusia, walaupun menjadi ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 
Tambahnya, Putrajaya terus melanggar hak untuk berpersatuan dan perhimpunan awam, walaupun telah mengurangkan sekatan kebebasan bersuara dengan pengenalan Akta Keterangan. 
FinSpy digunakan di dalam emel yang mensasarkan seteru politik di Habsyah, dan telefon Android di Vietnam, menurut laporan Marquis-Boire yang dipaparkan di laman web Citizen Lab semalam. 
FinSpy juga turut didapati dalam emel yang mensasarkan aktivis Bahrain, pada Julai lalu. Menteri Komunikasi Turkmenistan turut menggunakan FinSpy dalam sistem komputer mereka sendiri. 
Pemerhati hak asasi manusia turut menggelar Turkmenistan sebagai negara yang paling teruk menindas di dunia bulan lalu. 
“Hasil kajian kami mendapati percanggahan yang semakin meningkat antara rungutan orang ramai terhadap Gamma yang mana FinSpy lebih banyak digunakan semata-mata untuk mengesan ‘orang jahat’ dan badan yang semakin meningkat bukti yang menunjukkan bahawa alat itu berterusan digunakan sebagai menentang pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia,” laporan Citizen Lab. - The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.