Rabu, 20 Mac 2013

Pelancong Wanita Terjun Hotel Takut Dirogol

Pelancong wanita British terjun dari tingkat tiga hotel ini untuk mengelak dirogol

Ambulan tiba untuk membawa mangsa ke hospital

Sachin Chauhan, pengurus Hotel Agra Mahal, telah ditahan selepas kejadian berkenaan

Bangunan Taj Mahal terletak di Agra, tempat berlakunya kejadian berkenaan

Bandar Agra dikunjungi oleh jutaan para pelancong pada setiap tahun

Minggu lalu, lima lelaki yang disyaki merogol seorang pelancong Switzerland telah ditangkap


NEW DELHI - Seorang pelancong wanita Britain bertindak nekad melompat keluar dari tingkap tingkat tiga bilik hotelnya kerana takut diperkosa pemilik hotel tersebut. 
Wanita itu memberitahu polis, pemilik hotel itu cuba memecah masuk ke biliknya selepas menawarkan untuk mengurutnya. 
Wanita itu memberitahu polis, pemilik hotel itu terus mengetuk pintunya dan cuba untuk membukanya selepas dia enggan menerima tawaran mengurut secara percuma daripada pemilik hotel berkenaan. 
Seorang pegawai polis, Sushant Gaur berkata, mangsa cedera di kaki selepas dia bertindak terjun dari hotel tersebut. 
Susulan kejadian itu, katanya, polis menahan pemilik hotel tersebut di Agra yang menempatkan Taj Mahal, antara lokasi pelancongan popular di India. 
Menurutnya, setakat ini tiada dakwaan dikenakan terhadap pemilik hotel tersebut. 
Insiden itu berlaku selepas seorang pelancong Switzerland dirogol bergilir-gilir pada Jumaat lalu. 
Enam lelaki telah ditangkap berhubung serangan itu. - Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.