Jumaat, 15 Mac 2013

Wanita Pernah Pindah 5 Organ Lahirkan Anak Sihat

Fatema Al-Ansari yang pernah menjalani lima pemindahan organ telah melahirkan seorang bayi sihat di Miami

Fatema memerhatikan Dr Salih Yasin (tengah) membetulkan pakaian bayinya yang dipegang suaminya, Khalifa Alhayal (kanan)

Fatema menjalani pemindahan perut, pankreas, hati, usus besar dan usus kecil kerana masalah darah beku pada tahun 2007


QATAR - Seorang wanita yang pernah menjalani lima pemindahan organ melahirkan seorang bayi sihat, menjadikannya orang pertama berjaya berbuat demikian. 
Fatema Al-Ansari melahirkan bayi perempuannya, Alkadi Alhayal dua minggu lalu di Miami. 
Enam tahun lalu, Fatema yang ketika itu berusia 19 tahun dan menetap di Qatar disahkan menghadapi masalah darah beku di salur darah utamanya ke usus menyebabkan organnya gagal berfungsi. 
Fatema mengimpikan sebuah keluarga dan laporan mengenai keadaannya menjadi tamparan hebat kepadanya. 
Dia yang hamil dua bulan ketika itu, terpaksa menggugurkan kandungan. 
Pada 2007 dia menjalani pemindahan organ yang menyelamatkan nyawanya di hospital Jackson Memorial di Miami dan diberi perut, usus besar dan kecil, pankreas dan hati baru. 
Meskipun berbahaya, Fatema mengambil keputusan untuk meneruskan hasrat mempunyai anak. Pakar sakit puan, Dr Salih Yasin berkata, dia membantu Fatema hamil menerusi permanian berhadas dan menyifatkan kejayaan wanita itu melahirkan anak sebagai satu keajaiban. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.