Jumaat, 19 April 2013

Arab Saudi Tak Terima Lelaki Kacak

Anggota mutaween menyerbu festival kebudayaan di Riyadh dan membawa ketiga-tiga lelaki kacak pergi. Foto: Suara Islam

Salah seorang lelaki kacak, Omar Borkan al-Gala. Foto: Sinar Harian


Anggota mutaween atau polis agama boleh dikenali berdasarkan pakaian mereka. Foto: Reuters

Pihak berkuasa Saudi bimbang pengunjung wanita jatuh hati kepada lelaki kacak. Foto: unambig.com


DUBAI - Sekurang-kurangnya tiga lelaki yang menghadiri satu festival kebudayaan tahunan di Arab Saudi terpaksa dibawa keluar dari negara itu selepas pegawai polis agama menyifatkan mereka sebagai terlalu ‘kacak’ untuk tinggal di negara berkenaan. 
Ketiga-tiga lelaki terbabit adalah delegasi dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang terbabit dalam Festival Kebudayaan dan Warisan Jenadrivah di Riyadh, apabila anggota mutaween terbabit tiba-tiba menyerbu pusat berkenaan dan membawa ketiga-tiga lelaki terbabit. 
“Pegawai festival berkata bahawa ketiga lelaki UAE terbabit dibawa keluar kerana alasan mereka terlalu kacak dan Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar dikatakan bimbang pengunjung wanita boleh jatuh hati dengan mereka,” lapor akhbar berbahasa Arab, Elaph. 
Delegasi negara UAE terbabit terpaksa dihantar pulang ke negara asal mereka. 
Berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan delegasi UAE terbabit berikutan insiden itu berkata bahawa, polis agama terbabit sebenarnya terkejut dengan kehadiran seorang artis wanita dari UAE. - Agensi / Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.