Khamis, 18 April 2013

FBI Buru Suspek Serangan Bom Di Boston

Seseorang dipercayai berjalan ke arah peti mel di atas sebelum menjatuhkan sesuatu dan pergi jauh dari tempat ini

Adakah suspek berkenaan orang ini?

Orang ini berpakaian hitam dan lari ke arah bertentangan dengan mangsa yang terperangkap dalam letupan

Orang ini pula berlari ketika mangsa yang lain menutup telinga masing-masing

Kelihatan beg di sebelah peti mel 

Selepas letupan terjadi, beg berdekatan peti mel tidak lagi kelihatan

Periuk tekanan (kanan) ditemui di atas Hotel Charlesmark, 35 meter dari tapak letupan


BOSTON, Massachusetts - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) semalam menumpukan siasatan ke atas bom buatan sendiri yang meletup pada acara Maraton Boston di sini yang membunuh tiga orang dan mencederakan lebih 180 lagi. 
Perkembangan itu berlaku ketika pihak berkuasa AS memburu dalang yang melakukan serangan tersebut. 
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) turut mendedahkan beberapa gambar yang menunjukkan serpihan-serpihan logam dan cebisan beg sandangmengandungi sebutir bom yang meletup itu. 
Menurut FBI, bom-bom tersebut diisi dengan paku dan bebola besi yang menyebabkan kematian dan kecederaan parah kepada orang ramai. 
Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut dengan polis belum mengesyaki pembabitan pihak militan asing atau dari dalam AS. 
"Barang-barang itu (serpihan logam itu) mengambil masa beberapa hari untuk diperiksa dengan rapi," kata seorang ejen FBI, Gene Marquez. 
"Kami akan menyiasat sehingga ke hujung dunia bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab melakukan jenayah kejam ini," tambahnya. 
Menurut FBI, setakat ini tiada maklumat yang menunjukkan bahawa Al-Qaeda atau sebarang kumpulan pengganas asing mendalangi pengeboman tersebut. 
Dalam serangan tersebut, dua butir bom meletup selang 13 saat berhampiran garisan penamat pada Isnin lalu. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.