Rabu, 17 April 2013

Helikopter Tentera AS Terhempas di Korea Selatan

Helikopter tentera AS yang membawa 21 tentera AS terhempas semasa mendarat

Helikopter ini terhempas di Cheorwon, kira-kira 88 km (55 batu) timur laut Seoul

Kesemua 21 penumpang helikopter itu terselamat

Helikopter yang terhempas adalah dari jenis model Sikorsky CH-53 seperti gambar di atas


SEOUL - Sebuah helikopter milik tentera Amerika Syarikat (AS), Sikorsky CH-53 terhempas semasa mendarat di sebuah pangkalan tentera Korea Selatan semalam, kata polis dan beberapa pegawai tentera. 
Helikopter pengangkut itu mendarat di padang sasar di pangkalan tentera tersebut yang terletak di Cheorwon, 88 kilometer ke utara Seoul. 
Menurut agensi berita Yonhap News Agency, helikopter tersebut mendarat selepas ia menyertai satu latihan ketenteraan selama tiga jam. 
Lima buah lagi helikopter turut terlibat dalam latihan itu.
Helikopter tersebut kemudian terbakar selepas ia terhempas. 
Semua 21 askar AS yang menaiki helikopter itu terselamat.
Seramai 15 daripada 21 askar itu telah dibenarkan keluar dari hospital selepas mereka menerima rawatan. 
Enam lagi askar tersebut yang masih dirawat dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Agensi / Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.