Jumaat, 12 April 2013

Hukuman Terhadap Penyimbah Asid Ditambah

Berita tentang Habin Noor Sulaiman, 44, menyembur cuka getah kepada Nur Ain Ashikin Jemedi di muka hadapan akhbar Kosmo

Nur Ain Ashikin Jemedi, 18, koma selama 23 hari apabila tubuhnya melecur hampir 70 peratus akibat terkena cuka getah

Botol plastik bekas cuka getah, gayung dan pakaian mangsa. Foto: myMetro

Pisau yang digunakan untuk menikam mangsa. Foto: myMetro


JOHOR BAHRU - Nasib seorang lelaki yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 17 tahun dan lima sebatan atas tuduhan cuba membunuh kekasihnya dengan menggunakan asid cuka getah bertambah malang apabila terpaksa meringkuk lebih lama lagi di dalam tirai besi itu. 
Semalam, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Habin Noor Sulaiman, 44, menjalani hukuman penjara 23 tahun kerana menyebabkan kematian Nur Ain Ashikin Jemedi, 18. 
Pesuruhjaya Kehakiman, Samsudin Hassan menjatuhkan hukuman tersebut bermula dari tarikh tangkapan pada 16 Disember 2010 selepas mendapati tertuduh bersalah mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan tersebut. 
Habin didakwa menyebabkan kematian terhadap Nur Ain Ashikin di rumah No. 41 Jalan Cemara Dua Kampung Baru Sungai Redan, Ulu Tiram pada pukul 9.15 pagi, 16 Disember 2010. 
Sebelum ini, Habin didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ke atas Nur Ain selepas menyimbah asid dan menikam mangsa sebanyak 19 kali. Untuk itu, dia dijatuhi hukuman penjara 17 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini. - Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.