Selasa, 16 April 2013

Lelaki Ditembak Mati Ketika Makan Bersama Keluarga

Ahli perniagaan ini ditembak ketika sedang makan bersama keluarganya di Seremban. Foto: myMetro

Anggota polis memeriksa mayat Kok Soon, ahli perniagaan yang ditembak dari jarak dekat

Mayat mangsa di bawa ke hospital untuk dibedah siasat. Foto: Bernama


SEREMBAN - Seorang lelaki mati ditembak dari jarak dekat ketika sedang makan bersama keluarganya di sebuah restoran di Pusat Komersial Oakland, Seremban 2, di sini semalam. 
Tan Kok Soon, 56, mati di tempat kejadian selepas terkena tiga das tembakan di bahagian belakang badan. 
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Sembilan Supt Zazali Hashim berkata Tan ditembak oleh dua lelaki yang datang dari arah belakang ketika sedang makan malam bersama isteri dan dua anaknya pada 6.55 petang. 
"Kejadian itu berlaku amat pantas sehingga beberapa pelanggan lain yang berada di restoran itu tergaman," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 
Beliau berkata kedua-dua lelaki terbabit kemudian melarikan diri dipercayai dengan sebuah motosikal. 
Polis masih menyiasat motif kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.