Selasa, 9 April 2013

Menteri Perancis Isytihar Harta Sebelum 15 April

Perdana Menteri Perancis, Jean-Marc Ayrault. Foto: Reuters

Bekas Menteri Belanjawan, Jerome Cahuzac yang dikaitkan skandal penipuan cukai. Foto: businessinsider


PARIS - Menteri-menteri di Perancis akan mengisytihar harta mereka kepada umum menjelang 15 April ini kata Pejabat Perdana Menteri Perancis semalam. 
Arahan pengisytiharan harta tersebut merupakan antara langkah susulan bagi mengekang kesan daripada satu skandal penipuan cukai yang melibatkan bekas Menteri Belanjawan, Jerome Cahuzac pada minggu lepas. 
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Perdana Menteri Perancis, Jean-Marc Ayrault berkata, kerajaan turut akan menggubal satu undang-undang ketelusan kewangan untuk para menteri serta pegawai atasan yang lain menjelang 24 April ini. 
Ayrault menjelaskan bahawa beliau telah membentang langkah-langkah penggalakan ketelusan kewangan berkenaan pada mesyuarat kabinet pada Rabu lalu. 
“Satu pakej tindakan bagi memastikan ketelusan aset-aset kesemua ahli politik dan mereka yang bekerja dengan para menteri, Presiden dan Perdana Menteri,” kata Ayrault. - AFP - Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.