Selasa, 23 April 2013

Pengaruh Kerjaya Terhadap Tempoh Hayat Manusia

P Ramlee (1929-1972), artis serba boleh, meninggal dunia ketika berusia 43 tahun

Sudirman (1954-1992) penyanyi dan pencipta lagu terkenal meninggal dunia ketika berusia 38 tahun

Ahmad Nawab, komposer dan pemuzik terkenal lahir tahun 1933 kini berusia 80 tahun

Aziz Sattar, pelakon dan pengarah filem terkenal lahir 1925 kini berusia 88 tahun

Mokhtar Dahari (1953 - 1991), pemain bola sepak legenda Malaysia meninggal ketika berusia 38 tahun

Misbun Sidek, pemain badminton terkenal lahir 1960 kini berusia 53 tahun

Prof. Ungku Aziz, ahli akademik ulung Malaysia lahir pada tahun 1922 kini berusia 91 tahun

Dr. Khoo Kay Kim, tokoh akademik terkenal lahir tahun 1937 kini berusia 76 tahun

LONDON - Kerjaya glamor atau menjadi terkenal di mata masyarakat boleh menjadi punca yang memendekkan hayat seseorang, lapor satu analisis obituari akhbar. 
Kajian mendapati, penghibur dan bintang sukan cenderung untuk mati lebih awal berbanding orang lain yang berjaya dalam bidang karier berbeza, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC). 
Walaupun penyelidik berkata kajian terbabit tidak memberikan sebarang jawapan muktamad, tetapi ia bertanyakan mengenai soalan menarik mengenai harga kemasyhuran. 
Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam QJM: An International Journal of Medicine, pakar di Australia melihat 1,000 ruangan obituari dalam akhbar New York Times antara 2009 dan 2011. 
Kajian berkenaan menunjukkan pelakon, penyanyi, ahli muzik dan mereka yang membina kerjaya dalam bidang sukan dikatakan mati pada usia secara purata 77 tahun. 
Penulis, komposer dan artis pula dikatakan mati ketika berusia 79 tahun manakala ahli akademik termasuk ahli sejarah dan ekonomi hidup sehingga 82 tahun. AGENSI / Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.