Isnin, 15 April 2013

Perompak Guna Dinamit Lari Dari Penjara Perancis

Redoine Faid menggunakan dinamit untuk meletupkan pintu penjara di bandar utara Sequedin

Pasukan polis khas ERIS berkawal di luar penjara

Redoine Faid, penjenayah yang paling digeruni mendalangi beberapa rompakan bersenjata

Empat warder penjara telah dijadikan tebusan semasa Redoine Faid melarikan diri dari penjara

Pasukan polis telah dipanggil selepas Redoine Faid berjaya melarikan diri

Semua pelabuhan telah diberi amaran selepas Redoine Faid meletupkan pintu penjara dengan dinamit


LILLE (Perancis) - Seorang perancang kumpulan perompak bersenjata ganas memboloskan diri dari tahanan semalam selepas meletupkan lima pintu penjara. 
Dianggap penjenayah paling digeruni di Perancis, Redoien Faid menjadikan empat warden Penjara Sequedin sebagai tebusan. 
Dia kemudian meletupkan lima pintu besi penjara menggunakan dinamit. 
Polis percaya Faid memperoleh bahan letupan itu yang diseludup isterinya menggunakan balutan sapu tangan sebelum ini. Sebaik saja bolos, Faid membebaskan warden terbabit dan melarikan diri menaiki sebuah kereta. 
Kenderaan itu kemudian ditemui dibakar berhampiran bandar Ronchin. Jurucakap polis berkata, pihak berkuasa sedang mengesan kenderaan kedua yang digunakan Faid bagi melarikan diri. 
Jurucakap penjara berkata, tindakan nekad Faid ternyata dirancang teliti. 
“Kami masih mengumpul maklumat,” katanya. 
Faid dinamakan sebagai suspek utama kejadian rompakan bersenjata mengorbankan seorang pegawai polis pada 2010. 
Seramai 27 orang ditahan dalam operasi selepas rompakan itu, tetapi Faid bukan seorang daripada mereka. Bagaimanapun, dia akhirnya diberkas pada Jun 2011 dan dipenjara lapan tahun. 
Faid yang membesar di kawasan perumahan kerajaan di pinggir Paris dianggap ganas dan sering menjadikan kenderaan membawa wang sebagai sasarannya. - DM / myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.