Sabtu, 6 April 2013

Umur Minimum Berkahwin Di Sepanyol 16 Tahun

Suatu majlis perkahwinan yang diadakan di vila impessive Cortijo, di Sepanyol. Foto: andalucianoasis.

Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy


MADRID - Kerajaan Sepanyol akan menaikkan had umur minimum untuk berkahwin daripada 14 kepada 16 tahun bagi memerangi gejala pencabulan kanak-kanak. 
Negara itu turut menimbang untuk menaikkan had umur hubungan seks suka sama suka berbanding 13 tahun ketika ini. 
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Mariano Rajoy mengumumkan keputusan tersebut selepas mesyuarat Kabinet minggu ini. 
Ketika ini, had umur perkahwinan di Sepanyol adalah antara yang terendah di dunia. 
Undang-undang Sepanyol membenarkan kanak-kanak seawal usia 14 tahun berkahwin dengan kebenaran mahkamah. 
Aktivis-aktivis hak kanak-kanak bimbang pada usia sebegitu muda kemungkinan ada yang dipaksa untuk berkahwin. - AFP / Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.