Ahad, 7 April 2013

Wanita Islam Pertama Di Parlimen Australia

Dr Mehreen Faruqi, kelahiran Pakistan, akan menjadi wanita Islam pertama menduduki parlimen Australia. Foto: nsw.greens


MELBOURNE - Dr Mehreen Faruqi, kelahiran Pakistan, akan menjadi wanita Islam pertama menduduki parlimen Australia.

Mehreen akan menggantikan MP dewan tinggi New South Wales (NSW) Cate Faehrmann bila beliau bersara dari politik NSW pada Jun untuk bertanding kerusi di dewan Senet Persekutuan.

Mehreen memenangi pra-pemilihan bagi kawasan Greens lewat Sabtu berikutan undian pos dari kalangan sejumlah lapan calon wanita saja.

Beliau berhijrah dari Pakistan bersama keluarganya pada 1992.

Mehreen menyifatkan dirinya sebagai "jurutera alam sekitar, perubahan iklim dan aktivitis pendidikan, anggota kesatuan sekerja dan pejuang hak wanita".

Beliau memberitahu Australian Associated Press bahawa anutan Islamnya hanya "satu elemen" dari latar belakangnya.

"Saya bangga dengan budaya dan warisan saya, namun saya juga bangga dengan pencapaian profesional saya," katanya.

Mehreen berkata pelantikannya adalah satu langkah "cukup progresif" bagi Australia, dan beliau akan berusaha membina hubungan lebih kukuh dengan komuniti migran menerusi peranan barunya itu.

"Kita perlukan satu gabungan ahli politik dari aneka latar belakang di parlimen Australia yang boleh mewakili komuniti kami.

"Ia membuktikan kepada dunia bahawa kami benar-benar menghargai amalan multi budaya". - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.