Selasa, 14 Mei 2013

Bakteria Baik Bantu Rawat Obesiti Dan Diabetes

Saintis mendapati probiotik - serat yang terdapat dalam makanan seperti pisang membantu mengekalkan bakteria usus yang baik

Kajian mendapati, bakteria usus yang baik boleh memainkan peranan merawat obesiti dan diabetes jenis 2 pada masa hadapan


Para saintis telah menemui sejenis bakteria usus yang boleh mengelakkan obesiti dan membantu merawat diabetes jenis 2. 
Penemuan ini menunjukkan makanan yang merangsang pengeluaran bakteria dalam sistem pencernaan boleh membantu menurunkan berat badan lebih cepat daripada mengurangkan makan atau melakukan lebih senaman. 
Satu kajian mendapati bahawa tahap bakteria usus Akkermansia muciniphila (A. muciniphila) pada tikus gemuk yang mengidap diabetes jenis 2 telah terjejas. 
Tetapi memberi mereka makan prebiotik oligofruktosa - makanan tambahan untuk menggalakkan pertumbuhan bakteria baik - telah meningkatkan kembali bakteria ke tahap normal. 
Ini seterusnya membawa kepada metabolisme yang lebih cepat yang membantu menurunkan berat badan tikus makmal. Mereka juga kurang mengalami keradangan dan rintangan insulan mereka telah menurun. 
Jumlah bahan kimia yang dipanggil endocannabinoids yang mengawal glukosa juga meningkat, menurut penemuan yang diterbitkan dalam Proceedings of the National Academy of Sciences. 
Tidak seperti probiotik - produk bakteria hidup yang menambah flora sihat untuk usus - prebiotik tidak menggantikan bakteria, tetapi membantu memberi makanan dan mengekalkan tahap bakteria 'baik' dalam saluran penghadaman. 
Prebiotik adalah satu bentuk semula jadi, kanji yang tidak dicerna yang terdapat dalam kuantiti kecil dalam pisang, bawang, sayur, asparagus dan akar bunga matahari yang boleh dimakan dan boleh ditambah dengan pelbagai pilihan makanan. 
Penyelidik berkata, keputusan menunjukkan A. muciniphila boleh memainkan peranan penting dalam fungsi halangan usus, keradangan metabolik dan penyimpanan lemak. 
Mereka menyarankan bakteria ini digunakan untuk membangunkan rawatan untuk mencegah obesiti dan gangguan metabolik berkaitan. 
Profesor Patrice Cani dari Universiti Catholic Leuven di Brussels berkata, "Kajian ini menunjukkan A. muciniphila telah berkurangan dengan banyaknya pada tikus gemuk yang mengidap diabetes jenis 2. 
"Kami juga mendapati bahawa meningkatkan pengambilan prebiotik telah menormalkan dengan banyaknya A. muciniphila yang dikaitkan dengan profil metabolik yang lebih baik. 
"Secara ringkasnya kajian ini memberikan gambaran luas tentang peraturan mekanisme A muciniphila yang rumit dan bersilang antara tubuh badan dengan microbiota usus. 
"Keputusan ini juga menyediakan rasional untuk membangunkan rawatan yang menggunakan kolon mukus manusia sebagai pencegahan atau rawatan obesiti dan gangguan metabolik yang berkaitan." - MailOnline



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.