Khamis, 2 Mei 2013

Bola-bola Berwarna Emas Purba Ditemui Di Mexico

Ahli-ahli arkeologi dari Institut Antropologi dan Sejarah Mexico menemui beratus-ratus bola berwarna emas

Robot kecil bernama Tláloc II-TC, yang menggunakan pengimbas inframerah digunakan untuk kerja penyelidikan

Imej pertama yang diperolehi daripada robot Tláloc II-TC

Struktur sosial Teotihuacan masih misteri selepas hampir 100 tahun penerokaan arkeologi di tapak ini


Ahli-ahli arkeologi dari Institut Antropologi dan Sejarah Mexico menemui beratus-ratus bola berwarna emas tertanam di ruang tersembunyi di bawah Kuil Ular di Mexico. 
Sebuah robot kecil yang dipanggil Tláloc II-TC, yang menggunakan pengimbas inframerah digunakan untuk kerja penyelidikan berkaitan. 
Jorge Zavala, seorang ahli arkeologi berkata, "Ia kelihatan seperti sfera kuning, tetapi kita tidak tahu apa dia sebenarnya." 
Sfera tersebut diperbuat daripada tanah liat dengan pelbagai saiz lilitan. 
Ianya berwarna kuning kerana disalut dengan bahan yang dipanggil jarosite. 
Manakala seorang lagi ahli arkeologi, Sergio Gomez menjelaskan bahawa sfera tersebut kelihatan seperti diperbuat daripada logam kerana jarosite terbentuk hasil pengoksidaan pyrite, yang merupakan bijih logam yang juga dikenali sebagai Gold Fool. 
Ahli-ahli arkeologi itu berpendapat mungkin bola digunakan oleh 'pendeta, individu berpangkat tinggi atau raja-raja' untuk melaksanakan upacara dalam terowong berkenaan. 
Kuil ini terletak kira-kira 37 kilometer ke utara Bandar Raya Mexico dan merupakan tapak rumah mayat bandar pra-Hispanik Teotihuacan di Lembangan Mexico. 
Ia terkenal dengan Piramid menjulang Bulan dan Matahari. 
Pada tahun 2010 pakar-pakar berkata, penemuan kubur akan menjadi penting kerana struktur sosial Teotihuacan masih misteri selepas hampir 100 tahun penerokaan arkeologi di tapak berkenaan. 
Penggalian menegak yang bermula pada 2009 untuk mencapai pintu terowong mencadangkan ini adalah makam pemerintah, dakwa Gomez. 
"Ini adalah tempat yang paling suci," kata Gomez lagi. 
"Ada kemungkinan yang tinggi bahawa di ruang tengah tempat ini, kita boleh mencari mayat mereka yang memerintah Teotihuacan," tambah beliau. - MailOnline


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.