Rabu, 8 Mei 2013

Gunung Mayon Muntahkan Batu

Gunung Mayon meletus lagi mengancam keselamatan penduduk yang tinggal berdekatan dengannya

Ia mula memuntahkan lava. Saintis berkata, letusan kuat boleh terjadi dalam beberapa minggu

Kerajaan mengarahkan 4,000 penduduk sekitar gunung berpindah namun ramai yang masih enggan

Asap debu yang tebal mengancam keselamatan penduduk yang tinggal berdekatan gunung

Walaupun bahaya, terdapat pelawat yang masih sanggup datang berkunjung ke tempat itu

Ia telah meletus kira-kira 50 kali dalam tempoh 400 tahun yang lalu. Lebih 1,200 orang maut apabila ia meletus pada tahun 1814.

MANILA - Satu daripada gunung berapi paling aktif di Filipina mula hidup semalam, memuntahkan batuan bersaiz sebuah bilik ke arah 30 pendaki yang terkejut, mengorbankan lima daripadanya dan mencederakan yang lain sehingga mereka terpaksa diselamatkan menggunakan helikopter dan tali.


Pendaki dan pemandu arah warga Filipina bermalam dalam dua kumpulan sebelum mendaki pada waktu siang ke arah kawah gunung berapi Mayon apabila secara tiba-tiba letupan batuan, debu dan asap menggegarkan kawasan pergunungan cantik itu, kata pemandu arah, Kenneth Jesalva kepada rangkaian televisyen ABS-CBN menerusi telefon bimbit. - AP / Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.