Jumaat, 17 Mei 2013

Temui Ajal Selepas Curi Kereta Dan Beg Tangan

Suspek menemui ajal selepas melarikan kereta dan beg tangan mangsa

Foto
Anggota polis mengangkat mayat suspek. Foto: myMetro

KUALA LUMPUR - Pecutan maut. Itu larian 100 meter (m) terakhir seorang lelaki sebelum dia rebah dan menemui ajal di hadapan sebuah rumah di Jalan 12C/6, Setapak Indah, di sini, selepas meninggalkan Perodua Alza yang dicurinya tidak jauh dari situ, semalam. 

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, lelaki berusia lewat 30-an terbabit dilaporkan melarikan kenderaan pelbagai guna (MPV) berkenaan di hadapan sebuah Taska di Taman Melati, namun terpaksa meninggalkan kenderaan itu di Setapak Indah selepas menyedari seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun berada di dalamnya. 

Menurut sumber, lelaki itu berbuat demikian kerana dia panik selepas mendengar tangisan kanak-kanak yang berada dalam MPV itu sebelum meninggalkan kenderaan berkenaan kira-kira 1.3 kilometer (km) dari lokasi ia dicuri. 

“Lelaki terbabit tidak mengapa-apakan kanak-kanak itu, sebaliknya mengambil beg tangan ibu mangsa dalam kenderaan itu sebelum berlari meninggalkannya dan masuk ke kawasan perumahan berhampiran dipercayai bagi meloloskan diri 

“Namun, lelaki terbabit tiba-tiba rebah kira-kira 100m daripada kenderaan itu,” katanya. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.