Ahad, 19 Mei 2013

Pesawat US Airways Mendarat Cemas

Belly landing: The plane was doused in foam as it landed at Newark
Pesawat disembur dengan buih sebaik mendarat
Scare: All 31 passengers and 3 crew members escaped unharmed
Para penumpang bergegas keluar menyelamatkan diri

Lucky escape: Heroic pilot Edward Powers managed to bring the plane down on its belly with no casualties
Kecekapan juruterbang bernama Edward Powers berjaya mendaratkan pesawat dengan selamat

Relieved: Pilot Ed Powers poses alongside his co-pilot and a member of the cabin crew after the emergency landing
Juruterbang Edward Powers bergambar dengan pembantu juruterbang anak kapal selepas mereka terselamat


Sebuah pesawat US Airways Express dengan 34 penumpang terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark malam tadi (Jumaat). 
Penumpang yang ketakutan berjaya keluar dari pesawat tersebut tanpa mengalami kecederaan selepas juruterbang pesawat melakukan pendaratan kecemasan yang berani. 
Rakaman video pesawat tersebut menunjukkan terdapat percikan bunga api dari bahagian perut pesawat kerana bergesar dengan landasan semasa pendaratan. Bagaimanapun pesawat itu bernasib baik kerana kejadian itu tidak menyebabkan kebakaran. 
Pasukan kecemasan yang berada di atas landasan bersedia untuk menyembur pesawat dengan buih, namun tindakan pantas juruterbangnya telah berjaya menyelamatkan penerbangan 4560, US Airways Express. 
Pesawat tersebut terbang berkeliling di udara beberapa kali dan juruterbang berkali-kali cuba untuk menurunkan gear, tetapi tidak berhasil. 
Juruterbang kemudian mengambil keputusan mendaratkan pesawat tanpa tayar untuk mengelakkan pesawat tersasar dari landasan. 
Pesawat kemudian terus terbang berkeliling untuk mengurangkan bahan api bagi mengurangkan risiko kebakaran semasa mendarat. 
Seorang jurucakap US Airways berkata mereka akan bekerjasama dengan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan yang menyiasat kejadian itu. - MailOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.