Isnin, 3 Jun 2013

Ibu Mengandung Bayi Kembar Lima Selamat Bersalin

Alexandra Kinova, 23, melahirkan empat bayi lelaki dan seorang bayi perempuan melalui kaedah Caesarean semalam

Kakitangan perubatan memeriksa Alexandra 23 tahun sebelum pembedahan di Hospital Podoli di Prague, Republik Czech

Pakar bedah memulakan pembedahan Caesarean terhadap Alexandra

Doktor merawat salah seorang bayi yang baru dilahirkan

Empat bayi lelaki dinamakan Deniel, Michael, Alex dan Martin dan bayi perempuan dinamakan Terezka

Salah seorang bayi kembar lima yang pertama dilahirkan di Prague

Ibu dan lima bayi beliau telah diletakkan dalam unit rawatan rapi

Seorang jururawat merawat bayi yang baru dilahirkan. Kesemua bayi mempunyai 95 peratus peluang untuk membesar sihat


Seorang wanita Republik Czech telah melahirkan bayi kembar lima yang sihat hari ini (Ahad), yang pertama yang dilahirkan di negara itu. 
Alexandra Kinova, 23, melahirkan empat bayi lelaki dan seorang bayi perempuan melalui pembedahan Caesarean, kata pegawai di Institut Prague untuk Penjagaan Ibu dan Kanak-kanak. 
Doktor berkata, ibu dan lima bayi beliau telah diletakkan dalam unit rawatan rapi. 
Suami Alexandra hadir semasa dia bersalin. 
Alexandra sudah mempunyai seorang anak lelaki dan dia membantu memilih nama untuk lima adik-beradiknya yang baru. 
Empat bayi lelaki dinamakan Deniel, Michael, Alex dan Martin dan bayi perempuan dinamakan Terezka. 
Pasangan tersebut tidak tahu jantina semua bayi berkenaan sehinggalah mereka dilahirkan kerana dua bayi terlindung semasa imbasan. 
Zbynek Stranak, ketua doktor di bahagian institut neonatal berkata kelahiran berlaku 'tanpa sebarang komplikasi.' 
Beliau berkata, bayi mempunyai peluang 95 peratus untuk membesar sihat. 
Ibu kepada enam anak itu tidak sedar dia mengandung lima bayi sehingga bulan lalu. - Mail Online

Baca berita sebelum ini di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.