Jumaat, 14 Jun 2013

Kanak-kanak Menangis Jumpa Iron Man

Jaxson Denno, 18 bulan, menangis terisak-isak semasa bertemu Robert Downey Jr kerana beliau tidak memakai sut Iron Man

'Iron Man' melakukan berbagai aksi supaya Jaxson tersenyum

Ibu Jaxson, Heather berkata bintang Hollywood itu 'menakjubkan' dan menghabiskan masa sepuluh minit bersama anaknya

Watak Iron Man yang menjadi kegilaan kanak-kanak


Jaxson Denno, 18 bulan menangis terisak-isak semasa bertemu dengan Robert Downey Jr, pelakon watak Iron Man kerana menganggap pelakon itu bukan Iron Man yang sebenar. 
Jaxson menangis kerana pelakon itu tampil tanpa memakai sut Iron Man. 
Heater Denno, ibu Jaxson, berusaha memujuk anak kecil itu agar berhenti menangis. 
Dia memberitahu majalah People, "Dia (Jaxson) begitu keliru sebab saya terus memberitahunya, dia adalah Iron Man dan dia berkata tidak, Iron Man bukan begitu." 
Kejadian berlaku semasa pelakon berusia 48 tahun itu keluar berjalan di kawasan kejiranan Sunderland dan Shelburne Falls, di mana dia sedang menjalani penggambaran drama baru, The Judge. 
Iron Man menghabiskan masa selama 10 minit untuk membuatkan Jaxson tersenyum dan bergambar sebelum para pembantunya memberitahu dia perlu beredar dan lewat untuk penggambaran. - Mail Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.