Rabu, 5 Jun 2013

Kereta Api Maglev Jepun Yang Baru Diuji

Kereta api terapung Jepun ini boleh bergerak pada kelajuan sehingga 500km sejam telah menjalani ujian perjalanan yang pertama

Pihak pengendali sedang menyiapkan landasan dari Tokyo ke Osaka yang dijangka siap menjelang 2045

Kereta api terapung ditolak di sepanjang trek oleh sebuah kereta api penyelenggaraan semasa ujian

Salah sebuah model kereta api maglev. 

Ini ialah kereta api maglev Shanghai AS$1.3 bilion (RM4 bilion) mempunyai kelajuan operasi komersial sehingga 431km sejam


Kereta api peluru terapung Jepun yang boleh bergerak pada kelajuan sehingga 500km sejam telah menjalani ujian perjalanan yang pertama. 
Pengapungan magnet (magnetic levitation), atau kereta api 'maglev', menggunakan teknologi terkini untuk bergerak pantas. 
Pihak pengendali sedang menyiapkan landasan dari Tokyo ke Osaka yang dijangka siap menjelang 2045, yang akhirnya akan menghubungkan seluruh negara itu dari utara ke selatan. 
Kereta api maglev menggunakan magnet untuk mengangkat gerabak di atas landasan, tidak menggunakan roda dan tidak bergeser, akan menyediakan perkhidmatan yang lebih cepat dan senyap. 
Lima kereta api daripada Siri LO yang pertama, yang dikeluarkan oleh Central Japan Railway Co (JR Tokai), digerakkan oleh kuasa magnet dan telah menjalani ujian awal yang melibatkan kereta api ditolak di sepanjang trek oleh sebuah kereta api penyelenggaraan, lapor Telegraph. 
Ujian rasmi dijadualkan akan bermula pada bulan September, dan perjalanan di antara Tokyo dan Nagoya, bandar ketiga terbesar di Jepun, dijadualkan bermula menjelang 2027. 
Anggun, kereta api aerodinamik ini merupakan yang paling cepat yang pernah dikeluarkan. 
Jepun muncul sebagai pemimpin dunia dalam bidang kereta api berkelajuan tinggi, setelah membangunkan 'kereta api peluru' yang pertama pada tahun 1964. 
Kereta api maglev adalah yang terbaru dalam bidang pengangkutan berkelajuan tinggi, mampu mencapai kelajuan sehingga 580km sejam semasa ujian dijalankan. 
China adalah negara pertama yang mempunyai perkhidmatan kereta api maglev komersial. 
Kereta api maglev Shanghai dibuka kepada orang ramai pada bulan Januari 2004, dan mempunyai kelajuan operasi komersial sehingga 431km sejam. Pembinaan landasannya menelan belanja AS$ 1.3 billion (RM4.01 bilion). 
Pengeluar mendakwa teknologi maglev kurang pencemaran berbanding penerbangan udara yang kini menghubungkan bandar-bandar. - Mail Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.