Rabu, 17 Julai 2013

Presiden Rusia Menyelam Ke Dasar Laut Baltik

Putin sedang masuk ke dalam kapal selam Sea Explorer 5 di laut Baltik

Kapal selam membawa Putin turun 60 meter ke dalam laut untuk melihat kapal tentera laut  Oleg yang tenggelam pada tahun 1896

Putin menyelam di lokasi berhampiran pulau Gogland di Teluk Finland

Putin menunjukkan beliau gemar kepada aktiviti lasak dengan menunggang kuda tanpa baju

Putin memegang senapang ketika berburu

Putin sedang berenang di tasik Tuva di selatan Siberia pada tahun 2009.

Putin ketika menyelam di Laut Hitam pada 2011. Putin adalah pemegang tali pinggang hitam judo


MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin menaiki sebuah kapal selam dan menyelam ke dasar laut Baltik kelmarin bagi meneroka kawasan bangkai kapal yang tenggelam pada tahun 1896. 
Beberapa gambar yang dipaparkan oleh stesen televisyen tempatan menunjukkan Putin sedang menaiki sebuah kapal selam penyelidikan, Sea Explorer 5 dan menyelam ke dasar laut selama setengah jam. 
Putin mengambil kesempatan itu untuk meninjau lokasi bangkai sebuah kapal angkatan tentera laut yang tenggelam sebelum ini di Teluk Finland. 
Bangkai kapal Oleg itu ditemui oleh penyelam Rusia pada 2003. Ia kini sedang dikaji oleh para saintis. 
Kapal tersebut berada pada kedalaman 60 meter di antara kepulauan Gogland dan Sommers. 
"Bangkai kapal itu terdampar di dasar laut di bahagian kanan," kata Putin dalam laporan berita televisyen. 
Tambahnya, bangkai kapal itu masih berada dalam keadaan baik. 
"Ia berada dalam keadaan sempurna, malah nama kapal itu juga boleh dibaca dengan jelas," ujarnya lagi. - AFP/Kosmo Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.