Khamis, 1 Ogos 2013

Kempen Hillary Untuk Presiden AS

Bekas Setiausaha Negara AS Hillary Clinton. Foto: Getty Images

Jawatankuasa tindakan politik ‘Ready for Hillary’ mempersiapkan Hillary Clinton bertanding jawatan Presiden AS. Foto: Getty Images

Tinjauan menunjukkan Hillary mendahului Gabenor New Jersey, Chris Christie, 46 peratus. Foto: Getty Images

Hillary juga mendahului Senator Rand Paul dari Kentucky, 50 peratus. Foto: AP


CHICAGO - Satu jawatankuasa tindakan politik ‘Ready for Hillary’, yang bertujuan mempersiapkan bekas Setiausaha Negara Hillary Clinton bertanding kali kedua bagi merebut jawatan Rumah Putih berjaya mengumpul lebih AS$1 juta (RM3.25 juta) sejak dibentuk Januari lalu. 
Organisasi itu dijangka memfailkan laporan pendedahan pertamanya dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan hari ini. 
Ia berkata berjaya mengumpul sumbangan AS$25,000 (RM81,282.95) dalam usaha memberi kempen lebih berwibawa. 
Hillary, 65, berkata beliau tiada rancangan untuk bertanding sebagai presiden kali kedua. 
Beliau belum memutuskan untuk bertanding pada 2016, selepas usahanya gagal pada 2008. 
Tindakannya juga akan diperhati rapat masyarakat politik dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk sebarang isyarat membuat keputusan. 
Kiraan jumlah dana secara bebas itu, disahkan seorang individu yang biasa dengan organisasi berkenaan, dilaporkan sebelum itu oleh akhbar New York Times. 
Laporan menunjukkan kumpulan itu memungut AS$1.25 juta (RM4.06 juta) termasuk AS$1 juta (RM3.24 juta) pada Jun saja, kata sumber itu menambah bahawa wang terbabit datangnya dari lebih 9,300 penyumbang. 
Satu tinjauan ke atas pengundi Amerika oleh Hamden di Universiti Quinnipiac berpusat di Connecticut dikeluarkan awal bulan ini menunjukkan Hillary mendahului dalam persaingan ke atas pembangkang andaian presiden Republikan. 
Tinjauan menunjukkan Hillary mendahului Gabenor New Jersey, Chris Christie, 46 peratus berbanding 40 peratus dan Senator Rand Paul dari Kentucky, 50 peratus berbanding 38 peratus. 
Tinjauan ke atas 2,014 pengundi dijalankan pada 28 Jun hingga 8 Julai dengan margin kesilapan 2.2 peratus. - AGENSI/Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.