Selasa, 20 Ogos 2013

Penduduk Marah Bakar Kereta Api

Orang ramai melihat jenazah mangsa yang dilanggar oleh kereta api yang dipandu melebihi had laju

Penduduk tempatan yang marah dengan kejadian membakar enam koc kereta api

Penduduk berkenaan juga memukul pemandu dan menjadikan beberapa pegawai kereta api sebagai tebusan

Penduduk kampung menyeberang sungai melalui jambatan kereta api

Seorang lelaki tua duduk berdekatan dengan jenazah mangsa langgar kereta api

Mayat seorang mangsa langgar kereta api sedang diusung oleh saudara maranya

Beginilah keadaan koc kereta api selepas dibakar oleh penduduk yang marah


PATNA - Sekurang-kurangnya 35 maut dan berpuluh lagi cedera semalam apabila dilanggar kereta api yang dipandu melebihi had di daerah Khagaria di Bihar. 
Penduduk tempatan yang marah dengan kejadian membakar enam koc kereta api berkenaan, memukul pemandu dan menjadikan beberapa pegawai kereta api sebagai tebusan. 
Ketua pengarah polis, SK Bhardwaj, mengesahkan kematian 35 penganut Hindu apabila kereta api ekspres Rajya Rani melanggar mereka ketika cuba melintas landasan di stesen kereta api Dhamara di laluan Saharsa-Mansi Kereta Api Pusat Timur (ECR). - AGENSI/Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.