Jumaat, 20 September 2013

Bas Bertembung Kereta Api

Sebuah bas dua tingkat merempuh halangan di sebuah simpang lalu bertembung dengan kereta api di Kanada

Enam orang termasuk pemandu bas maut dan 34 yang lain cedera dalam kemalangan ini

Punca kejadian dekat stesen kereta api Fallowfield di laluan Ottawa-Toronto dekat sini masih belum diketahui

Bas remuk manakala kepala kereta api dan sebuah gerabak kereta api berkenaan tergelincir dalam kemalangan ini

Punca kejadian dekat stesen kereta api Fallowfield di laluan Ottawa-Toronto ini masih belum diketahui

Menurut seorang penumpang bas, Rebecca Guilbeault, bas berkenaan dipandu laju semasa menghampiri landasan kereta api

Semasa kejadian kereta api itu bergerak perlahan kerana ia menghampiri sebuah stesen dan persimpangan

Pada 6 Julai lalu, seramai 47 orang terbunuh apabila sebuah kereta api membawa minyak tergelincir dan meletup di Quebec


OTTAWA - Enam orang termasuk pemandu bas maut dan 34 yang lain cedera apabila sebuah bas dua tingkat merempuh halangan di sebuah simpang lalu bertembung dengan kereta api penumpang di Kanada kelmarin. 
Punca kejadian dekat stesen kereta api Fallowfield di laluan Ottawa-Toronto dekat sini masih belum diketahui. 
Bas berkenaan remuk manakala kepala kereta api dan sebuah gerabak kereta api berkenaan tergelincir dalam nahas tersebut. 
Lapan mangsa masih kritikal setakat malam kelmarin. 
Menurut seorang penumpang bas, Rebecca Guilbeault, bas berkenaan dipandu laju semasa menghampiri landasan kereta api. 
Presiden kesatuan transit, Craig Watson mengenal pasti pemandu bas berusia 45 tahun yang terbunuh sebagai Dave Woodard. 
Sementara itu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan menyatakan, semasa kejadian kereta api milik syarikat Via Rail itu bergerak perlahan kerana ia menghampiri sebuah stesen dan persimpangan. 
Pada 6 Julai lalu, seramai 47 orang terbunuh apabila sebuah kereta api membawa minyak tergelincir dan meletup di Quebec, Kanada. - Agensi/Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.