Rabu, 18 September 2013

Buaya Sesat Menyorok Bawah Katil

Seekor buaya sepanjang 1.2 meter berada di bawah katil

Buaya ini bersembunyi di bawah katil Guy Whittall selama lapan jam

"Saya langsung tidak sedar di bawah katil itu ada seekor buaya," kata Whittall

Whittall hanya menyedari kehadiran tetamu tidak diundang itu ketika menikmati sarapan di dapur rumah tumpangan berkenaan

Muncung buaya dimasukkan ke dalam simpulan tali

Buaya ditarik keluar dari bawah katil

Seorang pekerja rumah tumpangan berusaha menangkap buaya sesat ini

Pekerja rumah tumpangan bergabung tenaga untuk menangkap buaya

Buaya akhirnya berjaya ditangkap

Reptilia itu kemudiannya dilepaskan ke habitatnya


HARARE, Zimbabwe - Seorang pengurus rumah tumpangan terkejut menemui seekor buaya sepanjang 1.2 meter berada di bawah katil tempat dia tidur pada malam sebelumnya. 
Reptilia seberat 136 kilogram (kg) itu dipercayai menyusup masuk ke Rumah Tumpangan Humani dari sebatang sungai berdekatan baru-baru ini. 
Buaya tersebut bersembunyi di bawah katil lelaki berkenaan, Guy Whittall selama lapan jam. 
"Saya menjuntai kaki semasa duduk di katil selepas bangkit dari tidur. Saya langsung tidak sedar di bawah katil itu ada seekor buaya," kata Whittall. 
Lelaki tersebut yang berusia 40 tahun hanya menyedari kehadiran tetamu tidak diundang itu ketika menikmati sarapan di dapur rumah tumpangan berkenaan. 
Ketika itu, dia mendengar jeritan seorang pekerja yang masuk untuk mengemas biliknya. 
Beberapa pekerja rumah tumpangan tersebut bergabung tenaga untuk menangkap buaya berkenaan dan membebaskan reptilia itu ke habitatnya. - Agensi/Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.