Jumaat, 13 September 2013

Cubaan Bakar Quran Gagal

Paderi Terry Jones (tengah) ditahan ketika dalam perjalanan untuk membakar ribuan al-Quran di Mulberry, kelmarin

Wajah Jones semasa di Mahkamah Daerah Dearborn pada 21 April 2011

Jones diberkas ketika dalam perjalanan menaiki lori pikap bersama 2,998 nashkah al-Quran yang hendak dibakar

Jones digari oleh sherrif yang menangkapnya

Pejabat Polk County Sheriff menunjukkan bukti gambar Quran direndam oleh Jones dalam minyak tanah


POLK COUNTY - FLORIDA. Pihak berkuasa berjaya menggagalkan rancangan jahat dua paderi yang mahu membakar al-Quran ketika sambutan ulang tahun ke-12 serangan 9/11, kelmarin. 
Paderi Terry Jones, 61, dan Marvin Sapp Jr, 44, diberkas ketika dalam perjalanan menaiki lori pikap mengandungi 2,998 al-Quran mewakili angka mangsa terkorban dalam tragedi tersebut menuju ke sebuah taman berhampiran di Mulberry untuk melakukan tindakan biadab tersebut. 
Susulan daripada penahanan itu, kedua-dua mereka menghadapi tuduhan feloni selain didakwa bersalah kerana memiliki senjata api. 
Pada 2010, Jones pernah dikecam masyarakat antarabangsa selepas dia mendedahkan niat jahatnya untuk membakar al-Quran ketika sambutan ulang tahun serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) tersebut. 
Paderi itu terus mencetuskan kontroversi dan turut menyokong penghasilan filem menghina Rasulullah, Innocence of Muslims yang turut menyebabkan protes ganas di Afghanistan serta Timur Tengah pada tahun lalu. 
Sementara itu menurut AFP, sambutan ulang tahun serangan 11 September pada tahun ini dilaporkan hanya diadakan secara sederhana di Memorial Plaza yang terletak di tapak runtuhan WTC terbabit. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.