Isnin, 9 September 2013

Keadaan Ais Di Artik Menunjukkan Pemulihan

Imej satelit NASA yang diambil pada 27 Ogos 2012 yang lalu menunjukkan kawasan ais mengecil

Imej Satelit NASA yang diambil pada 15 Ogos tahun ini menunjukkan kawasan ais berkembang semula




Enam tahun dahulu, BBC melaporkan kawasan Artik akan menjadi kawasan bebas ais pada musim panas tahun 2013, dengan memetik kenyataan seorang saintis Amerika Syarikat yang mendakwa kawasan Artik telah menyusut kepada kawasan yang lebih kecil bagi menyokong hujah mereka. 
Bagaimanapun, sebelum musim luruh tahun ini bermula, kawasan ais yang hilang itu kini sudah terbentang semula. 
Kini sesetengah saintis terkenal percaya dunia sedang menuju ke satu tempoh bertenang dan kawasan ais tidak akan berakhir sehingga pertengahan abad ini dan mendedahkan ramalan bencana berpunca daripada pemanasan global sebagai mengelirukan. 
Pendedahan imej NASA pada bulan Ogos tahun ini telah mencetuskan perdebatan politik dan saintifik tentang kemungkinan pemanasan global telah berhenti.
Misalnya, Profesor Anastasios Tsonis, dari University of Wisconsin mengatakan bumi sudah berada dalam trend penyejukan, yang mungkin akan berterusan sekurang-kurangnya untuk 15 tahun dan memberi petunjuk kemungkinan pemanasan tahun 1980-an hingga 1990-an telah berhenti.
Selain itu terdapat bukti bahawa tahap ais Artik adalah kitaran. Data yang didedahkan oleh sejarah iklim menunjukkan bahawa berlaku pencairan ais secara besar-besaran pada tahun 1920-an hingga 1930-an, namun membeku semula sehingga tahun 1979 dan cair mula selepas itu. 
Manakala Profesor Kari mengatakan, keadaan ais dalam tempoh lima tahun akan datang menjadi penting untuk memahami iklim dan dasar masa depan, selain mencadangkan ais laut Artik dijadikan sebagai petunjuk untuk pemerhatian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.