Selasa, 17 September 2013

Kisah Lelaki Amerika Hidup Berpoligami

Brady Williams mempunyai lima isteri

Williams secara perlahan-lahan telah menarik diri dari gereja Mormon fundamentalis pada pertengahan tahun 2000-an

Isteri-isteri Williams, dari kiri ke kanan, Robyn, Nonie, Rhonda, Rosemary dan Paulie

Williams duduk bersama isteri-isterinya

Setiap isteri Williams mempunyai dapur sendiri dan ruang tamu, serta bilik tidur sendiri dan bilik tidur untuk anak-anak

Kisah poligami Kody Brown bersama empat orang isteri telah disiarkan sebelum kisah Brady Williams



Sebuah keluarga poligami memberitahu bagaimana mereka telah menjauhi ajaran Mormonisme dan memilih untuk mengajar 'kasih sayang dan komitmen' dan lebih 'takut kepada neraka atau janji syurga.' 
Program TV My Five Wives, yang disiarkan pada Ahad, memaparkan kisah Brady Williams bersama lima isterinya dan 24 orang anak mereka tinggal bersama-sama sebagai satu keluarga besar di luar Salt Lake City, Utah. 
Williams dan isteri-isterinya secara perlahan-lahan telah menarik diri dari gereja Mormon fundamentalis pada pertengahan tahun 2000-an selepas menilai semula kepercayaan teras mereka. 
Keluarga ini tidak lagi mengajar asas rukun Mormonisme kepada anak-anak mereka di rumah, sebaliknya memilih untuk mengambil dari ajaran lain seperti Buddha untuk memupuk kebaikan dan nilai-nilai moral kepada dua dozen anak mereka, yang terdiri daripada usia 2 hingga 20 tahun. 
"Oleh kerana kami telah meninggalkan agama, kini ialah mengenai kasih sayang dan mengenai komitmen, dan tentang kebahagiaan sebagai sebuah keluarga," kata Williams, 43, seorang pengurus projek syarikat pembinaan keluarganya. 
Isteri pertamanya Paulie, ialah pakar pergigian, telah berkahwin dengan William selama 21 tahun, dan melahirkan enam anak dalam pelbagai umur daripada 20 tahun hingga sembilan tahun. 
Paulie dibesarkan dalam keluarga poligami dan sudah menjangka suaminya akan mempunyai isteri lain, tetapi anaknya yang sulung yang berkahwin baru-baru ini merancang gaya hidup monogamist. 
William kemudiannya berkahwin dengan isteri kedua Robyn dan mereka mempunyai lima orang anak. 
Rosemary isteri ketiganya bekerja di syarikat pembinaan keluarga tetapi berhenti selepas memenangi biasiswa di kolej tempatan, di mana dia telah belajar ijazah pendidikan dalam bidang muzik. Beliau mempunyai empat orang anak bersama Williams. 
Nonie, isteri keempat, tinggal di Montana semasa dia bertemu suaminya 15 tahun dulu, dan kedua-duanya mempunyai hubungan jarak jauh. 
Nonie adalah satu-satunya isterinya yang bekerja dengannya, mengendalikan pentadbiran syarikat pembinaan keluarga dan menjadi ibu kepada lima orang anak mereka. 
Isteri kelima Rhonda adalah sepupu Robyn. Dia menganggotai keluarga ini 12 tahun yang lalu, dan mengakui dia mengambil masa selama lapan tahun sebelum merasakan dirinya benar-benar milik keluarga ini. 
Walaupun Rhonda menyatakan terdapat kelemahan pada poligami, tetapi dia suka anak-anaknya mempunyai empat ibu yang lain. 
Brady bertukar bilik tidur pada setiap malam dan setiap isterinya akan tidur bersamanya satu malam daripada setiap lima malam. 
Keluarga ini tinggal di dua buah rumah dalam masyarakat poligami di luar Salt Lake City. Dua rumah berkenaan dibahagikan kepada lima pangsapuri. 
Setiap isteri mempunyai dapur sendiri dan ruang tamu, serta bilik tidur sendiri dan bilik tidur untuk anak-anak. 
Program realiti ini telah membawa kisah keluarga poligami ke dalam kehidupan rakyat Amerika selepas acara Sister Wives menyiarkan kisah kehidupan Kody Brown bersama empat orang isteri dan 17 orang anaknya sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.