Jumaat, 6 September 2013

Bila Harimau Menangkap Buaya

Dari seberang sungai harimau kumbang yang di gelar 'Mick' fokas melihat sasaran mangsanya

Secara senyap-senyap Mick berenang menuju ke arah mangsanya

Mangsanya bukan calang-calang... seekor buaya yang sedang berjemur di atas pasir

Dengan pantas Mick menerkam sehingga buaya tidak sempat mengelak atau melarikan diri

Gigi Mick segera menggigit tengkuk buaya

Jika gigitan Mick berkesan, pasti buaya tidak akan dapat melepaskan diri

Mick kemudian membawa buaya masuk ke dalam air

Selepas itu Mick menggonggong buaya seberat 68kg itu ke seberang sungai


Kata orang: lain padang lain belalang, lain orang lain rambutnya. Tapi ini bukan cerita tentang belalang atau kepala orang. Ini ialah kisah tentang seekor harimau kumbang yang digelar 'Mick' di barat Brazil. 
Mick pada mulanya dilihat merenung ke seberang sungai. Ada sesuatu di seberang yang benar-benar menarik perhatian Mick. 
Perlahan-lahan Mick turun ke dalam air. Secara senyap-senyap Mick berenang menuju ke seberang. 
Sampai di seberang, Mick segera menerkam seekor buaya yang sedang berjemur di atas pasir. Disebabkan pergerakan Mick yang licik, buaya tidak menyedari kemunculan Mick. 
Mick mencari-cari bahagian yang sesuai di tubuh buaya untuk digigit. Dia berazam hendak membunuh buaya itu. 
Namun buaya tidak mudah menyerah kalah. Buaya berjuang untuk menyelamatkan nyawanya. 
Dengan bersusah-payah Mick membawa buaya masuk ke dalam air. Di dalam air, Mick akhirnya berjaya mencari sudut yang paling sesuai untuk digigit pada tengkuk buaya. 
Mick menggonggong buaya seberat 68kg itu sambil meranduk air ke seberang. Sampai di seberang, Mick membawa buaya malang ini ke dalam semak untuk dijadikan habuan. 
Itulah yang uniknya tentang Mick. 
Jika di benua Afrika, buaya yang naik ke darat dan menyerang haiwan lain yang berada di kawasan berhampiran habitat mereka untuk dijadikan mangsa. 
Namun apa yang berlaku kepada Mick adalah sebaliknya. 
Menurut ahli sains, terdapat kira-kira 4,000 hingga 7,000 harimau kumbang yang mampu bertindak pantas seperti Mick. 
Mereka merupakan pakar pembunuh buaya, memburu buaya sepanjang siang hari dan sering menjadikan reptilia berdarah sejuk itu sebagai mangsa ketika buaya-buaya itu leka berjemur di bawah cahaya matahari. 
Spises harimau kumbang di sini juga merupakan spises yang terbesar dan paling berkuasa di Amerika Selatan dan mampu menangkap mangsa yang lebih besar. 
Mick dalam kisah di atas merupakan gelaran yang diberi kepada seekor harimau kumbang jantan yang buta sebelah matanya oleh Justin Black, 39, jurugambar dari Washington, Amerika Syarikat dan rakannya, Jeff Foot. 
Black dan Foot merakamkan kesemua aksi Mick menangkap buaya di Sungai Cuiaba, Wetlands Pantanal, di barat Brazil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.