Khamis, 5 September 2013

Letak Kaki Atas Meja Presiden Tidak Disenangi

Perbuatan Obama meletakkan kakinya di atas meja presiden menyebabkan beliau mendapat kritikan





Gambar Obama sedang bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada tahun 2009

Sedang mendengar penjelasan daripada para penasihatnya, Tom Donilon, Jack Lew dan Denis McDonough pada November 2012

Sedang bersalaman dengan seseorang tetapi kakinya diletakkan di atas meja

Sedang berbindang dengan penasihatnya semasa Tahun Baru 2012

Tersenyum namun kaki diletakkan bersilang di atas meja

Berbincang dengan santai sambil kaki diletakkan di atas meja

Presiden George Bush juga pernah meletakkan kakinya di atas meja yang sama


Gambar rasmi White House terbaru yang menunjukkan Presiden Barack Obama meletakkan kakinya di atas meja tidak disenangi oleh sesetengah pihak. 
Meja berkenaan merupakan hadiah daripada Ratu Victoria dari Britain pada tahun 1880 dan dibuat daripada kayu kapal penyelamat Artik HMS Resolute yang tenggelam. 
Plak di hadapan meja presiden itu menjelaskan bahawa HMS Resolute ditinggalkan di Artik pada tahun 1852. 
Kapal itu kemudian 'ditemui dan dihuraikan' oleh Kapten Buddington, seorang penangkap ikan paus Amerika pada bulan September 1855. 
Resolute kemudiannya diubahsuai dan dihantar ke Britain sebagai 'tanda muhibah dan persahabatan' daripada Presiden dan rakyat Amerika Syarikat. 
Apabila kapal itu kemudiannya dipecahkan, Ratu Victoria menghantar meja diperbuat daripada kayu kapal itu kembali ke Amerika Syarikat sebagai 'tanda ingatan ihsan dan kasih sayang'. 
Presiden Franklin D. Roosevelt mempunyai satu pintu yang dibina di sisi meja itu untuk menyembunyikan pendakap kakinya. Resolute dipindahkan ke Pejabat Oval oleh Jackie Kennedy pada tahun 1961, di mana gambar ikonik pada masa itu menunjukkan anak lelaki Presiden Kennedy bermain sorok-sorok di bawahnya. 
Obama sedang bercakap dengan Speaker Dewan Perwakilan John Boehner melalui telefon semasa jurugambar White House Pete Souza merakamkan gambar tersebut. 
Pada bulan April lalu, satu siri gambar-gambar rasmi White House yang dikeluarkan oleh Vanity Fair menunjukkan Presiden Barack Obama sering mempamerkan bahasa tubuh yang santai ketika dalam situasi tertekan, dengan kaki bersilang dan lutut yang dinaikkan, atau kakinya diletakkan di atas meja. 
Selain gambar Presiden Obama, terdapat juga gambar Presiden George W. Bush meletakkan kakinya di atas meja yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.