Rabu, 11 September 2013

Warga Tua Rumah Lama

John Collingwood tinggal di rumah ini sejak beliau dilahirkan hampir 80 tahun lalu di West Bridgeford, Nottinghamshire

Collingwood masih menyimpan periuk ibunya dan dia masih ingat makanan yang enak keluar dari periuk ini semasa dia masih muda

Bilik air ini tidak berubah sama sekali walaupun usia tandas dan tab mandinya lebih tua daripada Collingwood

Collingwood masih menggunakan mesin lama ini untuk membersihkan rumahnya

Collingwood juga masih menggunakan cerek peninggalan ibunya

Collingwood bermain peti nyanyi keluaran tahun 1950-an

Collingwood mendengar radio keluaran tahun 1950-an

Alat pemanas rumah ini kurang menggembirakan hati Collingwood

Walaupun menggunakan perkakas lain yang antik tetapi Collingwood menggunakan tv nipis dengan alat kawalan jauh

Rumah ini dibeli oleh bapa Collingwood pada tahun 1925

Pada masa lapang Collingwood akan bermain muzik menggunakan piano antik


John Collingwood telah tinggal di rumah ini sejak beliau dilahirkan hampir 80 tahun lalu di West Bridgeford, Nottinghamshire. 
Bekas pekerja tekstil ini dilahirkan pada tahun 1934 dan telah tinggal di sini sejak ibu bapanya membeli rumah ini pada tahun 1925. 
Beliau tidak membuat sebarang perubahan walaupun kedua orang tuanya telah meninggal dunia 50 tahun lalu. 
Collingwood berkata, "Jika ibu bapa saya berjalan ke dapur pada hari ini mereka akan mengatakan tidak ada apa-apa yang berubah, ia masih sama seperti ketika mereka tinggal di sini dalam 60-an. 
"Saya masih menyimpan periuk ibu saya, yang berusia kira-kira 65 tahun, saya masih ingat makanan yang enak keluar dari periuk itu semasa saya masih muda. 
"Peti sejuk tahun 1965 pun masih bagus, saya suka rumah ini yang semakin tua sama macam saya. 
"Saya tidak akan mengubah apa-apa, saya mahu memastikan semua betul-betul sama seperti semasa ibu bapa dan adik saya tinggal di sini. 
"Bilik air tidak berubah sama sekali, tandas dan tab mandinya lebih tua daripada saya." 
Collingwood yang bekerja di kilang selama lebih daripada 40 tahun, tidak memerlukan kemudahan moden untuk mengemaskan rumahnya. 
Beliau berkata, "Saya tidak mempunyai apa-apa perkakas elektrik - saya tidak memerlukannya. Saya fikir adalah melucukan bagaimana orang sentiasa membeli sesuatu yang baru. 
"Saya mempunyai peti nyanyi dan radio tahun 1950 di bilik abang saya. 
"Saya mempunyai alat pemanasan rumah tetapi saya tidak gembira mengenainya." 
Collingwood berkata beliau pernah ditawarkan wang untuk beberapa barangan di dalam rumahnya, tetapi dia tidak akan menjual mana-mana barangan berkenaan. 
"Seorang pakar barangan antik datang ke rumah ini dan berkata perabot saya adalah benar-benar berharga dan menggalakkan saya untuk menjualnya. 
"Saya tidak dapat menjualnya, kerana jika saya jual laci saya atau almari pakaian saya, di mana saya hendak menyimpan barang-barang saya? 
"Perabot-perabot itu milik rumah ini yang menyimpan barang-barang milik keluarga saya." 
Collingwood juga mempunyai tempat perlindungan serangan udara di belakang taman di mana dia dan keluarganya bersembunyi semasa pengeboman Perang Dunia Kedua. 
Ibunya pergi ke bilik dobi itu semasa perang berakhir, dan dia masih menggunakannya sehingga hari ini. 
Collingwood menambah, "Saya tidak pernah berkhidmat dalam pasukan tentera kerana saya tidak lulus pemeriksaan kesihatan, tetapi abang saya pergi selama tiga tahun dan saya sentiasa tinggal di rumah ini." 
Sejak bertahun-tahun Collingwood melihat jiran-jirannya membesar di sekelilingnya - dan ada yang telah berpindah - tetapi dia tidak akan meninggalkan lorong yang dicintainya. 
Beliau berkata, "Apabila ibu bapa saya membeli rumah ini, lorong itu adalah satu-satunya jalan raya di sini, ramai orang yang datang dan pergi sejak itu. 
"Ada orang di jalan raya yang lebih tua daripada saya, tetapi tiada lagi yang tinggal di sini selain saya. 
"Saya tidak akan berpindah ke tempat lain, ia tidak akan berlaku kepada saya, saya akan berada di sini sampai akhir hayat saya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.