Jumaat, 18 Oktober 2013

Kerajaan Amerika Syarikat Dibuka Semula

Kongres telah meluluskan rang undang-undang melanjutkan pinjaman dan Presiden Barack Obama telah menandatanganinya

Naib Presiden Joe Biden, mengalu-alukan kakitangannya selepas 16 hari mereka tidak bertugas kerana penutupan Kerajaan AS

Pengawal Memorial Lincoln yang kembali bertugas memandang jauh ke arah Washington Monument pada Khamis, 17 Oktober, 2013

Anggota Perkhidmatan Ranger gembira selepas melawat Memorial Jefferson di Washington (kiri)

Memorial Lincoln dibuka semula kepada para pengunjung

Para pelawat tiba di Smithsonian National Air and Space Museum selepas Kongres AS meluluskan perjanjian pada jam 11 malam

Petugas Taman Negara menanggalkan tanda ditutup di Martin Luther King Jr Memorial selepas ia dibuka semula pada 17 Okt 2013

Bangunan Capitol Amerika Syarikat juga dibuka semula kepada pelawat selepas penutupan 16 hari pada 17 Oktober 2013

Para pelawat berjalan masuk ke dalam bangunan Capitol Amerika Syarikat di Washington

Presiden Barack Obama menyampaikan ucapan pada akhir penutupan kerajaan AS di Bilik Makan Negeri di White House

Pemimpin Majoriti Senat, Harry Reid (tengah) berusaha keras secara tertutup dengan wakil Republikan, Senator Mitch McConnell

Wakil Republikan, Senator Mitch McConnell


WASHINGTON - Kerajaan Amerika syarikat beroperasi semula semalam, selepas dihentikan selama dua minggu ketika kebimbangan memuncak perbendaharaan negara itu mungkin kehabisan wang untuk membayar hutangnya. 
Kongres meluluskan dan Presiden Barack Obama menandatangani rang undang-undang bagi melanjutkan pinjaman dan mengakhiri penutupan operasi kerajaan. 
Rancangan akhir itu akan menghalang krisis paling teruk dengan melanjutkan kuasa pinjaman Perbendaharaan Amerika sehingga 7 Februari ini. Ahli perundangan juga mencapai persetujuan mengenai dana kerajaan sehingga 15 Januari. 
Obama menandatangani rang undang-undang itu pada awal pagi semalam, sejurus selepas Kongres memberi ‘lampu hijau’. 
Namun, di tengah kelegaan, masih wujud jurang perbezaan pendapat yang besar di Kongres sehingga menyebabkan pertelagahan membabitkan bajet sejak kebelakangan ini. 
Malah, perbelanjaan dan hutang cuma bertahan sehingga awal tahun depan, dengan ramalan bahawa lebih banyak konfrontasi bakal berlaku. 
Usaha itu walaupun sementara disambut baik. 
“Kita sudah kembali beroperasi. Muzium Smithsonian akan mula dibuka Khamis ini dan Zoo Negara pula dibuka semula Jumaat,” kata Smithsonian dalam Twitter. 
Pengarah Pejabat Pengurusan dan Bajet, Sylvia Mathews Burwell, berkata beratus ribu pekerja diarahkan membuka semula pejabat dengan segera. 
Malah sebelum perbalahan mencapai kemuncaknya dengan undian muktamad Dewan Perwakilan, Obama memberi amaran Washington tidak boleh ditadbir dengan krisis. 
Pemimpin Amerika perlu mendapatkan semula kepercayaan rakyat berikutan krisis itu, katanya. 
“Kita akan memulakan operasi kerajaan segera dan kita sudah boleh menyingkirkan keadaan tidak menentu serta rasa tidak senang daripada urusan dan rakyat,” katanya. 
Pemimpin Majoriti Senat, Harry Reid, dilaporkan berusaha keras secara tertutup dengan wakil Republikan, Senator Mitch McConnell, untuk merangka perjanjian itu. - AFP/Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.