Rabu, 2 Oktober 2013

Penutupan Kerajaan AS Akibat Masalah Bajet

Geleri di bangunan Capitol (bangunan Kongres) tidak terkecuali daripada kesan penutupan Kerajaan AS

Pembiayaan kerajaan persekutuan berakhir pada tengah malam hari Isnin lalu

Seperti semua jabatan persekutuan yang lain, White House akan beroperasi dengan kakitangan yang lebih kecil

Rayuan Presiden Obama supaya Bajet 2014 diluluskan tidak dihiraukan oleh Kongres yang dikuasai oleh Republikan

Senator Ted Cruz adalah salah seorang anggota Senat Republikan yang menolak Obamacare

Manakala Senator Mitch McConnell mendakwa 'Amerika tidak mahu penutupan kerajaan dan mereka tidak mahu Obamacare'

Antara 1995-1996 berlaku penutupan kerajaan persekutuan selama 28 hari kerana bajet tidak diluluskan


WASHINGTON - Kerajaan Amerika Syarikat menghentikan sebahagian perkhidmatannya bermula hari ini ekoran keputusan Dewan Perwakilan, dikuasai parti Republican, yang enggan meluluskan belanjawan untuk tahun depan. 
Laporan agensi menyebut, wakil parti Republican meletakkan syarat agar usaha Presiden Barack Obama untuk menambahbaik sektor kesihatan dilengahkan terlebih dahulu sebelum belanjawan itu diluluskan. 
Tempoh untuk membuat rundingan tersebut berakhir pada tengah malam Isnin tanpa sebarang persetujuan walau Obama menyatakan rayuannya. 
Tindakan itu menyebabkan lebih 700,000 kakitangan kerajaan negara tersebut terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, tanpa jaminan pampasan. 
Ekoran itu juga, taman negara dan muzium akan ditutup manakala cek pencen dan faedah kepada golongan veteran akan tergendala. 
Permohonan visa dan pasport juga tidak akan diproses namun program yang dianggap penting seperti kawalan udara dan pemeriksaan makanan akan diteruskan. 
Pejabat belanjawan White House mula mengeluarkan notis kepada agensi persektuan untuk memulakan penutupan perkhidmatan secara teratur menjelang tengah malam. 
Langkah berkenaan menyebabkan pasaran saham AS terjejas hari ini ekoran kebimbangan pelabur ke atas situasi politik di negara itu. 
Beberapa penganalisis bagaimanapun berpendapat bahawa kesan serius ke atas ekonomi hanya akan berlaku sekiranya penutupan perkhidmatan itu berlaku lebih dari beberapa hari. - Agensi/Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.