Selasa, 15 Oktober 2013

Pergi Haji Ke Makkah Tahun 1960

Bakal haji tiba dengan kapal di Pelabuhan Jeddah pada tahun 1960

Jemaah haji yang tiba dengan pesawat terbang di Lapangan Terbang Jeddah tahun 1960

Pemandangan di Padang Arafah pada tahun 1960

Jemaah haji melontar di Jamrah Aqabah pada tahun 1960

Mengerjakan tawaf di Masjidil Haram pada tahun 1960

Solat berjamaah di hadapan Ka'bah dan mengucup hajarul aswad pada tahun 1960

Pemandangan pasar Makkah di luar Masjidil Haram pada tahun 1960

Sekumpulan jemaah haji sedang menikmati coca-cola pada tahun 1960


Betapa jauh bezanya pergi haji pada tahun 1960 dengan sekarang. Pada ketika itu, tidak ada kuota ditetapkan kepada jemaah haji dari seluruh dunia yang hendak menunaikan ibadah haji ke Makkah. Sesiapa sahaja boleh pergi haji asalkan mampu. Malangnya, tidak ramai yang mampu untuk pergi haji pada waktu itu. 
Pada ketika itu, pengangkutan yang menjadi pilihan utama ialah kapal laut. Tempoh perjalanan pergi dan balik mengambil masa berbulan-bulan. Maka tidak semua bakal haji sampai ke destinasi yang dituju. Ada yang terkorban semasa dalam perjalanan pergi ke Makkah. Tidak kurang pula yang gagal kembali ke kampung halaman. 
Selain kapal laut, terdapat juga pesawat terbang yang digunakan untuk pergi haji ke Makkah. Namun, sudah tentu hanya mereka yang kaya sahaja yang mampu menggunakannya. Namun melihat keadaan pesawat yang digunakan dan lapangan terbang tempat mendarat, perjalanan mereka juga penuh dengan risiko. 
Berdasarkan gambar lama, keadaan di Padang Arafah ketika musim wukuf waktu itu tidaklah sesibuk kini. Manakala aktiviti melontar di Jamrah dapat dilakukan tanpa perlu berebut-rebut kerana jemaah yang terlibat tidak begitu ramai. 
Keadaan di Masjidil Haram ketika itu juga tidak sesibuk sekarang. Para jemaah haji dapat melakukan ibadah tawaf di keliling Ka'bah dengan mudah. Peluang untuk solat berdekatan Ka'bah pula terbuka luas. Bahkan mengucup hajarul aswad tidak sesukar kini. 
Di luar masjid, para pedagang mengambil kesempatan berniaga secara terbuka. Bermacam barang dari berbagai tempat diniagakan di sana. Namun apa yang menariknya, minuman Coca-Cola juga sudah ada dijual di sana ketika itu. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.