Rabu, 23 Oktober 2013

Presiden Obama Selamatkan Wanita Hamil

Pada mulanya Karmel Allison (kiri) mendengar ucapan Presiden Obama sebelum dia mula kehilangan kawalan diri

Karmel Allison yang berasal dari San Diego mula berasa pening semasa berdiri di belakang Obama pada acara tersebut

Obama berpaling dan memegangnya serta berkata: "Saya dah dapat awak, awak okey"

Allison mengucapkan terima kasih kepada Obama melalui satu mesej di laman Twitter kerana membantunya


WASHINGTON D.C - Seorang wanita hamil mengucapkan terima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kerana memegangnya sebelum dia pengsan ketika beliau berucap di White House di sini kelmarin. 
Wanita berkenaan, Karmel Allison yang berasal dari San Diego mula berasa pening semasa berdiri di belakang Obama pada acara tersebut. 
Dia dijemput ke White House selepas menulis komen positif di sebuah laman blog tentang pelan insurans tentang penjagaan kesihatan yang diperkenalkan oleh Obama. 
Pelan tersebut lebih dikenali sebagai Obamacare. 
Pada pengakhiran ucapan tersebut, Allison kelihatan terhuyung-huyung dan berusaha untuk tidak rebah. 
Obama berpaling dan memegangnya serta berkata: "Saya dah dapat awak, awak okey" 
"Inilah yang berlaku apabila saya bercakap terlalu lama," tambahnya. 
Dalam perkembangan berkaitan, pihak White House menyatakan bahawa Allison menghidap diabetes apabila dia berusia sembilan tahun. 
Dia kemudian diiring keluar dari acara itu. 
Allison mengucapkan terima kasih kepada Obama melalui satu mesej di laman Twitter kerana membantunya. - Agensi/Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.