Isnin, 11 November 2013

Kennedy Mati Terkena Peluru Misteri?

Rombongan Presiden John F Kennedy dan Wanita Pertama Jackie Kennedy melalui Dallas pada 22 November 1963

Phyllis Hall mendakwa peluru yang dilihatnya di leher JFK tidak dikemukakan sebagai bukti

Jacqueline Kennedy dan anaknya Caroline mencium keranda suaminya, Presiden John F. Kennedy


Seorang jururawat yang terlibat dalam usaha menyelamatkan nyawa Presiden John F Kennedy mendakwa presiden itu telah ditembak oleh satu 'peluru misteri’. 
Phyllis Hall, yang berusia 28 tahun ketika itu berkata, dia telah diheret ke dalam bilik pembedahan secara tergesa-gesa oleh ejen perkhidmatan rahsia untuk menyelamatkan presiden yang telah ditembak di Dallas, Texas pada 22 November 1963. 
Walaupun memangku kepala presiden itu yang cedera parah terkena tembakan, Hall berkata, dia ternampak satu peluru yang luar biasa, yang segera dikeluarkan dan tidak pernah dilihat lagi. 
Dalam temu bual dengan Sunday Mirror, dia menyifatkan peluru itu tidak sedikitpun menyerupai peluru yang kemudian ditunjukkan sebagai bahan bukti dalam siasatan pembunuhan Presiden. 
Dia berkata, "Saya dapat melihat peluru terbenam antara telinga dan bahunya. 
“Ia adalah kira-kira satu dan setengah inci panjang, tidak seperti peluru yang ditunjukkan kemudiannya. 
“Ia telah diambil tetapi saya tidak pernah melihat ia ditunjukkan sebagai bahan bukti atau mendengar apa yang berlaku kepadanya. Ia masih misteri.” 
Hall, yang mempunyai enam tahun pengalaman kejururawatan semasa kejadian itu berkata, dia terperangkap semasa usaha menyelamatkan Presiden yang malang itu, kerana dia sedang melawat seorang rakan yang bekerja di wad lain. 
Dia menyifatkan keadaan ketika itu huru-hara. 
Wanita pertama, Puan Kennedy mahu pakar berusaha menyelamatkan suaminya. 
Hall, kini 78, berkata, seorang pakar bedah otak menyatakan Kennedy telah mati selepas 20 kakitangan berjuang selama 43 minit untuk menyelamatkannya. Bagaimanapun, dia berkata, Wanita Pertama yang masih dalam keadaan terkejut hanya memandang jauh. 
Hall bertugas hingga ke petang dan terus bertugas selama beberapa jam selepas presiden diisytiharkan meninggal dunia, dan dia tidak menceritakan kepada suaminya apa yang dia saksikan. 
Walau bagaimanapun, dalam temu bual baru-baru ini dia mendedahkan bahawa dia adalah 'seorang yang sangat percaya tentang teori konspirasi' berhubung kematian Kennedy.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.