Ahad, 17 November 2013

Kereta Melekat Di Pokok Kelapa Sawit

Dua pegawai Penjara maut selepas kereta mereka terbabas dan `melekat’ di pokok kelapa sawit. Foto: myMetro

Kereta mereka remuk selepas melanggar pokok kelapa sawit di bahu jalan. Foto: myMetro

Mangsa: dari kiri Mohamad Yusof, Mohamad Firdaus, dan Muhamad Izwan. Foto: Kosmo!


TAPAH - Dua pegawai Penjara Tapah yang dalam perjalanan pergi memancing maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum `melekat’ pada sebatang pokok kelapa sawit di bahu jalan. 
Dalam kejadian jam 9.20 pagi semalam, pemandu kereta Mohamad Yusof Ahmad, 23, dan rakan setugasnya Mohamad Firdaus Husin, 20, maut selepas kereta dipandu gagal dikawal ketika melalui selekoh berhampiran Kilometer 12.5 Jalan Tapah ke Changkat Petai, di sini.  
Akibatnya kereta Honda dinaiki ketiga-tiga mangsa terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebatang pokok kelapa sawit. 
Nahas itu menyebabkan Mohd Firdaus yang duduk di bahagian hadapan penumpang mati di lokasi kejadian manakala Mohamad Yusof meninggal dunia di Hospital Tapah. 
Seorang lagi mangsa, Muhamad Izwan Mat Alias, 24, yang duduk di bahagian belakang kenderaan mengalami cedera parah dan dirawat di hospital sama. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.