Ahad, 10 November 2013

Pakcik Nekad Selamatkan Anak Saudara

Marcus mendukung anak saudaranya memasuki sebuah kenderaan di Duson selepas berjaya membebaskannya pada Jumaat lalu

Arceneaux yang menjadi mangsa culik disembunyikan di sebuah rumah kosong 

Anggota-anggota polis tindakan khas meluru ke tempat Arceneaux disembunyikan namun mendapati penculiknya telah mati

Scott Thomas, bekas kekasih dan penculik Arceneaux

Bethany Arceneaux, mangsa culik


DUSON, Louisiana - Sebuah keluarga membuat keputusan sendiri dengan menyelamatkan seorang wanita yang merupakan anggota keluarga mereka yang diculik oleh bekas kekasihnya di sebuah rumah kosong di sini pada Jumaat lalu. 
Drama itu bermula apabila seorang wanita, Bethany Arceneaux dijadikan tebusan pada Rabu lalu oleh bekas kekasihnya, Scott Thomas. 
Thomas juga adalah bapa kepada seorang anak Arceneaux. 
Namun, beberapa anggota keluarga wanita tersebut termasuk bapa saudara Bethany, Marcus bertindak memasuki rumah tersebut. 
Apabila Marcus keluar dari rumah tersebut dengan mendukung Bethany, anggota-anggota polis tindakan khas meluru ke dalam rumah berkenaan dan mendapati Thomas telah mati ditembak. 
Wanita yang berusia 29 tahun itu telah ditikam dan dikelar tetapi keadaannya tidak parah. 
Dia kini dirawat di sebuah hospital. 
Menurut seorang pegawai polis, Kapten Kip Judice, keluarga Bethany telah menembak Thomas semasa mereka cuba untuk membebaskannya. 
"Saya berasa amat gembira (ekoran kejayaan pembebasan Bethany)," kata seorang ibu saudara wanita tersebut,Monica Arceneaux-Henry. - Agensi/Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.