Selasa, 10 Disember 2013

10 Maut Kereta Api Rempuh Lori Tangki

Lori tangki terbakar setelah dirempuh oleh kereta api komuter yang dalam perjalanan ke pusat bandar Jakarta. Foto: Tempo.Co

Kemalangan ini menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang maut. Foto: Tempo.Co

Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran. Foto: Tempo.Co

Penduduk setempat berkerumun untuk melihat kejadian. Foto: Tempo.Co

Keadaan dalam komuter selepas kemalangan. Foto: Tempo.Co

Mayat korban dikeluarkan dari gerabak komuter. Foto: Tempo.Co



JAKARTA - Sekurang-kurangnya 10 maut semalam apabila sebuah kereta api komuter merempuh lori membawa bahan bakar. 
Jurucakap polis Kolonel Rikwanto berkata, kejadian di selatan Jakarta itu turut mengakibatkan kematian jurutera kereta api berkenaan selain 20 yang lain parah. 
Kereta api yang dikendalikan syarikat PT KAI Commuter terbabit menuju ke arah pusat bandar Jakarta ketika kejadian yang berlaku pada waktu tengah hari itu. 
Jurucakap syarikat, Eva Chairunisa berkata, lori berkenaan membawa gas cecair petroleum (LPG), namun pihak polis melaporkan ia membawa minyak petrol. 
Dua gerabak tergelincir akibat pertembungan itu manakala ratusan penumpang berlari dalam keadaan panik dari kereta api berkenaan. 
Pegawai bomba, Sukarno berkata, Pasukan penyelamat turut mengeluarkan tiga mayat yang ditemui tersepit.
Punca kejadian masih disiasat. 
Penumpang, Veronica berkata, kereta api berkenaan berhenti mengejut sejurus sebelum rempuhan berlaku. 
“Saya mendengar letupan sebelum gerabak dipenuhi asap tebal menyebabkan kami sukar bernafas. 
“Saya duduk di tepi pintu tetapi tidak mampu bergerak kerana dipijak penumpang lain. 
“Kami berjaya melepaskan diri selepas tingkap dipecahkan orang dari luar. 
Ramai yang melecur tangan, kaki serta perut,” katanya yang ketika itu duduk di koc khas wanita. 
Kejadian itu berlaku berhampiran lokasi satu lagi kemalangan membabitkan pertembungan dua kereta api pada 1987 yang mengorbankan 156 orang. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.