Jumaat, 6 Disember 2013

Nelson Mandela Meninggal Dunia

Pejuang anti-apartheid Afrika Selatan meninggal dunia semalam pada usia 95 tahun. Foto: AF

Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma mengumumkan melalui siaran tv bahawa Nelson Mandela telah meninggal dunia

Mandela merupakan Presiden kulit hitam Afrika Selatan yang pertama, bekas petinju, peguam dan tahanan politik

Mandela meringkok dalam penjara selama 27 tahun kerana menentang pemerintahan perkauman di Afrika Selatan

Mandela semasa meraikan Ratu Elizabeth di Cape Town pada tahun 1995

Mandela bersama bekas PM Britain, Tony Blair pada tahun 1997

Mandela bersama pengacara AS, Oprah Winfrey pada tahun 2005

Mandela ketika dikunjungi Hillary Clinton pada tahun lalu


JOHNNESBURG - Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela meninggal dunia di kediamannya di Johannesburg hari ini selepas sekian lama menghidap jangkitan paru-paru. 
Pejuang anti-aparthied itu berusia 95 tahun.  
Kematian Mandela diumumkan oleh Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma.  
“Kini beliau pergi dengan aman untuk selama-lamanya," kata Zuma yang turut bersedih. 
Zuma juga mengumumkan satu pengkebumian negara akan dilakukan untuk Mandela dan mengarahkan semua bendera dikibar separuh tiang mulai hari ini sehinggalah pengkebumian tokoh negara itu. - AP/Berita Harian


Presiden Barack Obama mengarahkan bendera AS dikibarkan separuh tiang di Rumah Putih dan bangunan awam

Obama dan isterinya ketika melawat Penjara Pulau Robben, tempat Mandela ditahan selama 27 tahun


WASHINGTON - Presiden Barack Obama mengarahkan bendera negara itu dikibarkan separuh tiang di Rumah Putih dan bangunan awam Negara itu bagi menghormati kematian pejuang anti-apartheid, Nelson Mandela hari ini. 
“Hari ini Amerika Syarikat kehilangan rakan rapat, Afrika Selatan kehilangan seorang tokoh liberal dan dunia kehilangan tokoh inspirasi kebebasan, keadilan dan kedaulatan kemanusiaan - Nelson Mandela tidak lagi bersama kita," katanya dalam satu pengisytiharan negara. 
Obama berkata, beliau mengarahkan bendera Negara di turunkan separuh tiang sebagai 'menghormati kenangan bersama Nelson Mandela'. 
Obama menyampaikan ucapan takziah itu di Rumah Putih selepas 45 minit kematian Mandela diumumkan pagi ini. 
Presiden pertama berkulit hitam itu bertemu Mandela sekali saja pada 2005, namun hero anti-apartheid itu menjadi sumber inspirasi kepada Obama untuk menyertai dunia politik. - AFP/Berita Harian

Pemergian Mandela diratapi rakyat Afrika Selatan

Seorang penduduk menitiskan air mata apabila mendengar pemergian Mandela

Tergambar kesedihan di wajah rakyat yang menyanjungi perjuangan Mandela

Anggota Majlis Keselamatan Bangsa Bersatu bertafakur sebagai tanda menghormati pemergian Mandela

Mandela semasa melawat bilik penjara di Pulau Robben, tempat dia dikurung selama 27 tahun

 Mandela sedang melihat wajahnya di cermin


JOHANNESBURG - Ikon perjuangan anti-aparteid Afrika Selatan dan salah seorang tokoh politik yang disegani pada abad ke-20, Nelson Mandela, telah meninggal dunia pada usia 95 tahun di kediamannya semalam. 
Apartheid merupakan sistem yang diamalkan di Afrika Selatan sebelum ini, sistem itu yang dikuatkuasakan nyata bertujuan mendiskriminasikan kaum kulit hitam dari segi politik dan ekonomi. 
Mandela yang dipilih sebagai presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan selepas menghabiskan masa selama hampir tiga dekad di dalam penjara, telah menerima rawatan masalah jangkitan paru-paru di rumahnya sejak September lalu, selepas tiga bulan berada di hospital dalam keadaan kritikal. 
Keadaannya semakin teruk dan dia meninggal dunia di sisi keluarganya. Berita kematian Mandela itu telah diumumkan oleh Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma secara langsung di televisyen. Zuma berkata, Mandela telah 'pergi' dengan aman. 
"Negara kita telah kehilangan anak yang paling hebat. Apa yang membuatkan Nelson Mandela hebat adalah apa yang menjadikan beliau manusia," katanya. 
Pernah dianggap sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat dan Britain atas sokongannya terhadap keganasan terhadap rejim apartheid, pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu menghabiskan masa selama 27 tahun di penjara sebelum dibebaskan pada tahun 1990 untuk memimpin Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) dalam rundingan dengan raja-raja minoriti putih yang berakhir dengan pilihan raya berbilang kaum pertama pada tahun 1994. 
Mandela menang pada pilihan raya itu dan telah berkhidmat selama satu penggal sebagai presiden sebelum mengambil peranan baru sebagai negarawan dan pemimpin utama kepada kempen kesedaran mengenai AIDS. Beliau bersara daripada kehidupan umum pada tahun 2004. 
Mandela meninggalkan tiga orang anak perempuan, 18 cucu dan sembilan cicit. Beliau mempunyai empat orang anak tiri dan tiga cucu tiri melalui perkahwinan keduanya dengan Graca Machel. 
Di Afrika Selatan malah di seluruh dunia, pemergian Mandela diratapi sekalian rakyat dan mereka yang mengikuti falsafah perjuangan beliau. - Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.