Jumaat, 6 Disember 2013

Tiga Lamborghini Hangus Dekat Seremban

Tiga buah Lamborghini hangus terbakar di Kilometer 260 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seremban, pagi ini. Foto: Berita Harian

Kemalangan berlaku ketika lima kereta milik warga Singapura berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur. Foto: Berita Harian

Kesemua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri. Foto: Berita Harian

Keadaan tiga buah kereta Lamborghini yang hangus selepas kebakaran. Foto: Sinar Harian



SEREMBAN - Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 260 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seremban, pagi ini. 
Kemalangan dipercayai berlaku ketika lima kereta milik warga Singapura berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur. 
Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 pagi itu, kereta ketiga dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu lalu menyebabkan kebakaran. 
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis, berkata dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar. 
Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri. - Berita Harian

Tiga pemilik kereta mewah ini menghilangkan diri selepas kemalangan

Bagaimanapun mereka muncul malam kelmarin dan membuat laporan di Balai Polis Seremban 2. Foto: myMetro

Ketiga-tiga lelaki berkenaan berusia awal 30-an hadir membuat laporan jam 9 malam berhubung kejadian sebenar. Foto: myMetro


SEREMBAN - Tiga pemilik kereta mewah jenis Lamborghini yang terbabit dalam kebakaran di Kilometer 260, Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, pagi kelmarin dan menghilangkan diri selepas kejadian, hadir membuat laporan di Balai Polis Seremban 2, di sini, malam kelmarin. 
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Baharuddin Mustapha berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan berusia awal 30-an hadir membuat laporan jam 9 malam berhubung kejadian sebenar. 
Menurutnya, pihaknya mengambil keterangan lanjut daripada tiga pengadu warga Singapura yang dalam perjalanan konvoi ke Kuala Lumpur. 
“Berdasarkan keterangan, setibanya di lokasi, sebuah kereta hilang kawalan, terbabas dan melanggar pembahagi jalan, menyebabkan dua kereta yang mengikuti merempuh sama,” katanya. - myMetro 8.12.2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.